Monday, October 19, 2009

PENYAKIT BUKAN SIKSA,TAPI NIKMAT PENGHAPUS DOSA

Kaki cik gu yang cedera ni belum juga pulih. Tapi ada orang lain yang menghadapi musibah yang lebih berat

Joi (kakak) mengidap kanser darah. Akibatnya sering menghadapi kesukaran untuk bernafas. Sekarang menjalani rawatan dan beransur pulih.

Pelawak, Ahmad Busu pula diserang angin ahmar. Walaupun beransur pulih, tapi masih belum boleh berjalan lagi.

Sebentar tadi, seorang yang tidak saya kenali menberitahu beliau cedera tulang belakang semasa mendapatkan rawatan fisio-terapi di hospital Kajang?! (Beliau menalipon sebab nak membeli Penawar Sendi Adi Putra.) Suaminya pula mengidap kanser hidung.

Ini hanya sebahagian yang cik gu ketahui. Ada ramai lagi yang sakit di luar sana.

Di dalam kehidupan ini, tiada seorang pun di muka bumi ini yang tidak pernah ditimpa penyakit. Sebagai orang yang beriman, tatkala ditimpa suatu musibah penyakit, dituntut untuk selalu sabar dalam menghadapinya dan selalu mengharap pahala dari-Nya. Aisyah r.a. berkata, Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapusnya kesalahan."(HR. Bukhari dan Muslim)

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."(HR. Bukhari)

Diujinya dengan berbagai cobaan, baik sakit maupun selain itu kemudian Allah memberi pahala dengan jalan itu jika bersabar dan mengharapkannya.

Bagi yang sedang diuji oleh Allah dengan sakit semoga senantiasa diberi kesabaran. Semoga Allah menggugurkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan bosan untuk berusaha dan berdoa agar diberi kesihatan yang baik.

No comments: