Sebelum cerita pasal jatuh tangga, tq kepada armouris kerana tlh memberi maklumat tentang batuk. Alhamdulillah, cikgu dah tak batuk. Sekarang ni sakit lain pulak!
Habis sesi persekolahan Jumaat lepas, cikgu terus ke Kajang. Sampai di Al-Rajhi dah masuk waktu Maghrib. Selesai urusan di bank, di luar bank dah gelap sbb tak ada lampu. Cikgu jalan sangat berhati-hati, takut tersungkur. Dalam berhati-hati, cikgu boleh ter"miss a step"! Itu lah dia....kita hanya boleh merancang, Allah jua yang menentukan.....dan malang itu tidak berbau.....
Masa cikgu jatuh tu tak ada pulak orang berdekatan. Jadi, cikgu terpaksa lah berusaha untuk bangun sendiri dalam menahan kesakitan. Terhencut-hencut cikgu berjalan menuju kereta.
Masuk je kereta terus talipon "partner" mengadu! Sebenarnya nak suruh dia balik awal. Yana dah beritau dia kena jumpa kwn sbb nak tanya pasal kerja. Jadi cikgu bimbang nanti kaki kanan yang tercedera tu akan bertambah sakit dan tak ada orang kat rumah nak tolong.
Beberapa tahun yang lepas kaki yang sama dah pernah cedera. Sakitnya bukan kepalang!
Sebab yang cedera kaki kanan, cikgu terpaksa memandu dengan perlahan sbb sakit setiap kali kena tekan pedal accelerator atau brake. Sampai aje di rumah terus mandi dan solat Maghrib.
Yang ditunggu tak jua kunjung tiba. Kaki yang cedera dah mula bengkak. Teringat petua seorang bibi. Cikgu pun ke dapur cari halia dan lada hitam. Kedua-duanya cikgu tumbuk, kemudian tepek pada bahagian yang mula bengkak dan balut dengan kain.
Tak lama lepas tu baru lah "partner" cikgu balik dengan ubat yang diambilnya dari Puchong, produk Tanamera!
Tuam Tanamera tu cikgu guna malam tu je sbb keesokan harinya Joi (kakak) bagi pinjam dia punya "ice pack". Masa cikgu cedera yang dulu tu pun memang doktor suruh "apply ice pack".
Sehingga hari ini kaki cikgu masih bengkak dan sakit. Macamana tak sakit, terpaksa bergerak. Adli (adek) & family turun dari Segamat pagi Sabtu. Tengahari tu pergi ke Bukit Indah ziarah Mak Ros (sepupu arwah mak). Pagi tadi pulak pergi ziarah kubur mak dengan Joi & keluarga dan Adli & keluarga. Tengahari pergi Bukit Indah lagi sbb Mak Ros jemput mkn tengahari. Balik dari Bkt Indah pergi ke rumah jiran pula, dia jemput rumah terbuka. Petang tadi baru boleh rehatkan kaki.
Esok kalau sakit lagi baru pergi jumpa doktor....nak dapatkan mc je.
No comments:
Post a Comment