Wednesday, October 7, 2009

Guru wanita saman pengetua RM228,000

Cikgu terpanggil untuk mengulas berita ini.

"Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000."

Cikgu ucapkan syabas kepada guru ini dan cikgu doakan semoga beliau berjaya.

Perkara seumpama ini sebenarnya agak biasa berlaku di beberapa sekolah. Tapi belum lah lagi ada yang berani menyaman pengetua. Sebab itulah cikgu ucapkan syabas kepada guru ini.

Mangsa-mangsa sebelum ini ada yang ambil pencen awal atau bertukar ke sekolah lain atau ke Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran. Tak kuasa nak melayan kerenah pentadbir seperti
Aluwiyah Osman ni. Yang seumpama dia ni ramai sebenarnya. Malangnya, bila dibuat aduan, guru yang mengadu juga yang akan menjadi mangsa. Itu lah sebabnya tak kuasa guru-guru nak mengadu.

Lagi sekali, syabas diucapkan kepada guru yang telah mengambil tindakan berani menyaman pengetua sekolahnya! Cikgu doakan beliau berjaya, agar menjadi peringatan kepada pentadbir-pentadbir di sekolah-sekolah lain.

8 comments:

Anonymous said...

Lau nak saman pun tengok dulu prestasi sendiri....lau memang layak dapat kpi rendah hasil dari kerja,amanah dan tangunggjawab yg tidak terjaga jangan cari salah orang lain...jangan menuding satu jari sedangkan empat lagi jari terarah kepada kita...muhasabah diri sebelum buat sesuatu perkara yang kemudian hari akan memakan diri sendiri semula...

Hiriyati said...

Ternyata anon bukan seorang guru. Penakut lak tu....id pun tak berani nak reveal. Dah bleh agak dah jenis manusia mcm ni.

Sisipan Ilham said...

saya mengajar dah masuk 14 thn dah. APC xdak lg. saya pikir memangla saya x cemerlang atau tak layak... xpe la, xdak rezki lagipon sb saya ni dok pindah sekolah. kat skolah skg dah 7 thn ngajar. saya mengajar cam biasa, buat tugas2 diberi cam biasa, jd jurulatih smpai tahap negeri, aktif luar dan buat sumbangan seumpama persatuan luar smpai prgkat kbgsaan sjak 4 thn lalu. dan, saya dpt tau markah saya bwh 85%(mcm org malas buat keja). kwn2 saya yg len di sini jg dpt mrkah teruk. apa nak ckp lg ya kalu dah gitu pentadbirannya, saya doakan mereka mdapat petunjuk Allah krn sanggup menganiaya org bawahannya...

Hiriyati said...

Saya juga di antara yg pernah teraniaya. Berkhidmat sejak thn 1991 tapi baru thn ni naik DG44! Dpt tau ada kekosongan di EPRD, terus buat permohonan. Akan mula bertugas di sana minggu depan. Alhamdulillah, syukur. Apa pun kita menjalankan tugas kerana Allah, ganjarannya pasti ada, insyaallah.

Anonymous said...

hemm... jarang sgt cikgu engkar pd pengetua tp byk sgt pengetua yg melampau2 cerewetnya.. bila kesabaran dicabar, sejauh mana mampu kita bertahan??? sedangkan kita semua insan biasa...
CIKGI GIE :)

Hiriyati said...

Tu la masaalahnya. Pengetua tu dulu pun guru biasa gak. Tapi bila dah jadi p'tua lupa mcm mana dia dulu.

Anonymous said...

saya juga mangsa dari pengetua... bila hendak, baik mulutnya tetapi bila dah dapat kita ditolak ke tepi... dia hanya tahu meminta, buat dan siap serta MESTI TERbaik... selalu duduk dalam bilik.. kerja dia yang lain suruh cikgu cabuk yang buat, mengajar sivik pun tak masuk kelas, alasan sibuk... sibuk reka program untuk dia dapat nama.. yang sakit cikgu2... betul pepatah menyebut "jadi guru ni ibarat mentimun".. golek kirikanan pun sama aje.. PPD pun malas nak turun padang... jadi pengetua sekolah bertambah ligat, nak-nak bila ada link baik dengan PPD kebal sana-sini... so saya sokong tindakan berani cikgu tu... cuma pastikan ada bukti yang kuat... sekolah cina setiap tahun hantar senarai panjang untuk dapat APC tapi bila pentadbir melayu semua tak boleh.. kan pelik.. takut jawatan hilang ke???? Jangan kedekut.. zaman persekolahan sekarang tak layak KPI guru diberi rendah, macam cikgu tak masuk kelas pulak... dan duduk dan tidur dalam kelas.. (macam zaman P. Ramlee)... Pentadbir kena pritahin pada orang bawah, jangan sampai sekolah running tapi cikgu tak ada...lak... baru padan muka pentadbir.. renung2 laaa..

Hiriyati said...

Kerenah pentadbir sek yang memualkan ni rupa2nya satu fenomena yg agak biasa. Rata2 pegawai2 yg saya berpeluang utk berkenal sapa semasa baru2 menyertai KPM melaporkan perkara yg sama....pengalaman yg menjengkelkan dgn pentadbir sek. Ramai guru2 yg berpengalaman dan komited meninggalkan sek sbb x tahan dgn layanan buruk sebilangan besar pentadbir sek terhadap guru2 di bawah mereka.