Kejap tadi pegi jumpa doktor untuk dapatkan mc sbb kaki masih lagi sakit dan bertambah bengkak dan lebam. Stlh di x-ray didapati bahagian yang sakit tu retak rupanya! Doktor bagi referal letter untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital, i.e. kena cast dengan plaster of paris. Doktor juga nasihatkan cikgu menggunakan crutches untuk mengelakkan dari bahagian yang retak menjadi bertambah parah.
Masa masuk klinik jalan kaki je. Pegi klinik sebelah untuk x-ray pun jalan kaki je. Dah jumpa doktor baru dia insist cikgu diberi wheelchair!
Dah masuk kereta, "partner" belikan crutches dari pharmacy di sebelah klinik tu. Sampai rumah tadi cikgu dah cuba la guna crutches tu. Payah juga nak gunakan.
Sebelum pegi kerja "partner" dah sediakan air garam panas untuk cikgu rendamkan kaki. Ini petua seorang tukang urut dari Kajang (dengar khabar dah arwah).
Sebenarnya cikgu cannot afford to be on mc. Dalam masa 2 minggu ni sepatutnya cikgu menguruskan penyerahan tugas di sekolah sbb cikgu mula bertugas di EPRD mulai 16 hb.
Walau bagaimana pun cikgu bersyukur kerana dugaan yang cikgu hadapi tidak sehebat yang dihadapi mangsa gempa bumi di Indonesia serta tempat-tempat lain yang dilanda bencana alam yang begitu dahsyat. Segala musibah yang datang membuat cikgu insaf dan cikgu pasti ada hikmah di sebaliknya.
No comments:
Post a Comment