Sunday, October 11, 2009

Rumah Amal Baitul Kasih

Maklumat berkenaan rumah ini di hantar melalui e-mel dan dirasakan perlu dihebahkan.
Rumah Amal Baitul Kasih beralamat no. 23, JALAN BRP 6/5, BUKIT RAHMAN PUTRA, SUNGAI BULOH (sebelum ini beralamat 32, Jalan U19/1, Taman Seri Buloh, Sungai Buloh).













Anak kecil ni bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal [kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara] , tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.









Anak ini pula bernama Zakaria. Seorang kanak2 yang mengalami masalah terencat akal. Selain Fatimah dan Zakaria, terdapat beberapa lagi kanak2 istimewa di bawah jagaan Ummu Liza yang berumur dari 1 tahun hingga 17 tahun. Mereka ialah Azlina yang mempunyai masalah hati, Naim [10 tahun] pengidap Hepatitis B, Ammar [12 tahun] yang mengidap sakit buah pinggang dan Amir yang mengalami masalah penglihatan.









Ummu Liza sendiri adalah seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 9 orang anak. Tidak mempunyai pendapatan tetap, menjual kain dari rumah ke rumah. Disamping itu juga, Ummu Liza adalah salah seorang jemaah yang membantu perihal pengebumian jenazah2 wanita di sekitar tempat tinggalnya, di mana kadangkala beliau langsung tidak mengenakan sebarang bayaran di atas hasil kerjanya, kerana dikalangan penduduk di situ juga miskin dan daif.

Suami Ummu Liza pula bekerja sendiri dan hasil pendapatan beliau akan digunakan bagi menampung kehidupan mereka semua termasuklah membayar sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik yang terletak di Sg. Buloh.













Kelazimannya, selepas memastikan kanak2 istimewa di bawah jagaannya dihantar ke sekolah, rutin harian Ummu Liza ialah ke Pasar Selayang, menunggu sehingga segala aktiviti jualan di pasar tersebut selesai, barulah Ummu Liza membeli sayuran dan ikan2 yang di 'reject' dengan harga yang murah untuk dijadikan santapan mereka pada setiap hari.









Ummu Liza pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun prosedur yang ketat telah mengetepikan permohonan beliau.. Daripada membiarkan anak2 istimewa tersebut dibiar hidup melarat, Ummu Liza bernekad untuk terus menjaga mereka selagi hayat dikandung badan, biarpun tidak mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Sekiranya kalian ingin menyampaikan sumbangan kepada Ummu Liza, kalian bolehlah menghubungi beliau di talian 012-2663649.

Walaupun kita hidup agak senang dan mewah, namun tanpa kita sedari, masih ada insan2 di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Marilah sama2 kita tunjukkan semangat prihatin kita sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia, dengan membantu mereka selagi terdaya. Insya Allah, semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat kelak.

No comments: