Rakyat Indonesia mencari rezki di Malaysia dengan pelbagai cara.
Menjadi buruh binaan.
Masa ubah suai kedai, kontraktor yg diupah menggunakan 2 orang pekerja Indo, tak ada pun diambil pekerja tempatan (ada ke buruh tempatan?)
Pembantu Rumah (sambilan atau sepenuh masa)
Untuk membuat kerja rumah, saya mengupah Hasanah. Bayaran yang dikenakan RM10 untuk sejam. Banyak dia boleh dapat dalam satu hari.
Sepanjang masa kaki saya cedera, khidmat Hasanah sangat diperlukan. Kemas lah sikit rumah ni. Kain baju pun terurus. Itu pun Hasanah tak boleh datang setiap hari. Perkhidmatannya telah sedia di tempah untuk beberapa buah rumah lain di sekitar B. B. Bangi.
Walau pun upah nya agak mahal, Hasanah masih dipanggil sebab tak ada orang lain, apa tah lagi tenaga kerja tempatan.
Petang ni Hasanah hanya sempat ankat kain di jemuran, sidai kain yang telah dicuci, lipat kain dan gosok baju sikit....lebih kurang 2 jam. Dia perlu bergegas ke rumah lain pula untuk gosok pakaian. Pagi pula, dia dah bekerja di rumah lain sehingga tengahari.
Begitulah Hasanah setiap hari. Lumayan upahnya bila ringan tulang.
Ada banyak lagi sektor-sektor lain yang menggunakan tenaga pekerja dari Indonesia. Ada yang secara sah dan ada juga yang tidak sah. Sesungguhnya negara Malaysia merupakan lubuk rezki bagi sebilangan besar rakyat Indonesia.
Malangnya ada sekumpulan rakyat Indonesia yang mula mencetuskan ketegangan di antara hubungan kedua negara. Puncanya....salah faham dalam hal kebudayaan???? Takkan lah isu yang sekelumit ini hendak diperbesarkan dan akibatnya hanya menjejaskan punca pendapatan rakyat negara mereka juga?
Anehnya, sokongan yang diberi sangat ramai. Lihat di sini.
Some senses need to be jammed into these idiots heads! 455,023 members? Seriosly!
No comments:
Post a Comment