Wednesday, September 9, 2009

Tak dapat mc dan ubat batuk.....

Khamis minggu lepas cikgu dah mula sakit tekak. Sebagai penawar, untuk berbuka cikgu minum air kelapa dengan air batu. Memang kebas tekak lepas tu!

Hari Jumaat cikgu sapu "aloe vera - icy cool" pada tengkuk. Lega sikit sakit tekak.



Hari Ahad cikgu demam selsema. Untuk berbuka cikgu buat teh campur lemon juice.



Hari Isnin, selsema lega, batuk pula. Ada kalanya sampai terkencing bila kuat sangat batuk. Sampai nak terkeluar biji mata pun ada. Tidur pun terganggu.



Pagi tadi ada temujanji di Pusat Kesihatan.....buka buku darah tinggi! Masa jumpa doktor, cikgu beritahu dia yang cikgu tak sihat sejak hari Khamis minggu lepas. Cikgu batuk dah tiga hari. Dia nasihatkan cikgu pakai 'mask'. Tak kuasa cikgu nak pakai sebab panas!

Sebelum beredar cikgu minta mc dari doktor tu. Dia boleh kata dia tak boleh bagi mc sebab cikgu tak demam! Dah cakap dah bagaimana seksanya cikgu batuk.

Dah tak dapat mc pergi juga la ke sekolah. Batuk cikgu bertambah teruk. Bila masuk kelas tak boleh nak cakap banyak pun. Suara dah mula jadi "gemersik".

Cikgu talipon isteri "Prof. Halia" (pakar halia dari UPM) untuk dapatkan ubat batuk adunan Prof. Selalunya cikgu beli ubat batuk tu dari Cikgu Noraini. Tapi stok pada dia dah habis, jadi dia suruh cikgu ambil terus dari Pn. Amnah (isteri Prof Halia).

Rupa-rupanya rumah Prof Halia ni di Pinggiran Putra je....sebelum ni, setelah bersara, dia balik ke Taiping. Sekarang dia dah masuk balik UPM. Jadi dia tinggal di Pinggiran Putra.

Balik dari sekolah tadi cikgu pun pergi cari rumah Prof Halia ni. Tak lah sesak sangat lalulintas seperti yang cikgu jangkakan.

Jumpa Pn Amnah, terus beli 10 botol ubat batuk! Ubat batuk Prof ni memang berkesan dan tiada kesan sampingan. Kalau minum sebotol pun tak pe! Dalam masa 2 jam cikgu dah ambil 2 dos. Bila batuk je ambil 1 sudu besar. Tak perlu minum air sebab rasa ubat tu sedap. Ia dibuat dari halia dan madu. Kalau tak jadi ubat pun ia jadi makanan.



Buat masa ni suara cikgu bertambah "gemersik". Nak membebel kat anak dara yang sorang tu pun tak boleh!

Esok kalau suara cikgu bertambah teruk susahlah cikgu nak mengawal anak-anak didik cikgu yang "baik-baik" belaka. Nak cakap pun tak boleh ini kan pula nak jerit! Itu je cara nak kawal anak-anak tu, kena jerit.

Nak tidur pun tak boleh sebab nanti terpaksa bangun bila datang batuk yang tak dapat dikawal. Ni tengah sakit tekak, sakit kepala.....sampai hati doktor tu tak nak bagi mc pada cikgu. Batuk pun kena tahan-tahan sebab sakit tekak bila batuk kuat-kuat.



Malam ni cikgu juga kena makan ubat untuk turunkan kolesterol (7.5!) dan darah tinggi. Tak boleh nak culas lagi makan ubat.



Bila dah sakit, macam-macam amalan sunat di bulan Ramadan tak dapat dilakukan. Mujurlah cikgu dah khatam bahagian cikgu untuk tadarus di sekolah.

1 comment:

Hiriyati said...

Tq armouris for the useful info