Lempeng ni sejenis makanan yang biasa-biasa je. Ada berbagai-bagai jenis lempeng dan berbagai-bagai cara memakan nya.
Tapi cikgu bkn nk cakap pasal lempeng yang boleh dimakan. Cikgu nk ckp psl penggunaan perkataan lempeng.
Biasanya lempeng digunakan untuk merujuk kepada susuk bdn seseorang. Mereka yang tergolong di dalam kategori lempeng adalah
Twiggy.....
Saiful Apek dan......
Olive Oyle!
Kali ni cikgu akan gunakan perkataan lempeng sebagai adjektif yang bermaksud lembab....lambat....slow!!!
Sebab?
K....citenye gini....
Dalam perjalanan dari Dungun ke KT kami singgah di Rusila untuk makan tengahari. Yan nk cari ada satu restoran dekat dgn msjd Ust Hj Hadi. Tapi tk jumpa plak. Katanya tmpt tu dah banyak berubah. Maklumlah....dah lama tak ke situ.
Skali ternampak satu tempat mkn tu macam ok je sbb ada ramai orang. Jadi, Yan buat u-turn utk ke situ.
Masa tu orang tengah ramai. Kami dapat tempat duduk di bahagian blkg. Meja masih ada bekas makanan pelanggan sebelum itu yang belum diangkat.
Bila kami dah dudk, tiba-tiba je ada plak yg claim dia dah book meja tu. Cikgu buat tak tau je!
Seorang pekerja lelaki dtg utk mengemas meja. Katanya jap lagi dia dtg ambil order. Tunggu punya tunggu tak juga kunjung tiba!
Cikgu pegi nk ambil nasi campor. Tak de plak org yg menyendokkan nasi. Nk buat sendiri, pinggan plak tak de! So, pegi duduk semula.
Tak lama lps tu baru ada orang yg menyendukkan nasi. Pinggan pun dah ada. Cikgu dgn Adek pegi la ambil nasi campor. Lauk dah tinggal saki baki je. Cikgu ambil singgang ikan dgn kerabu dan adek ambil kerisi goreng dgn sup sawi. Bekas sambal belacan kene tonggengkan sbb dah nk habis.
Yan dgn Yana tak berminat nk ambil nasi campor sbb tak selera tengok lauk yg ada. Ingatkan nk order nasi goreng ke....
Orang yg janji nk ambil order air tak juga sampai-sampai. Terpaksa panggil pelayan perempuan plak.
Tunggu punya tunggu....airnya tak juga sampai sampai.
Panggil pula pelayan yg lain sbb pelayan yg tadi dah hilang!
Bila dia hantar air, Yan dgn Yana order nasi goreng dan sotong goreng.
Bdk yg ambil order hilang lagi.....yang diorder pun tak sampai sampai!!!.....memang menguji kesabaran.....
Stlh lama menunggu baru lah makanan yang dipesan sampai. Dah lah tunggu lama, tak sedap plak tu!!!
Ramai pelanggan lain yang menegur kelembapan pelayan-pelayan restoran tersebut.
Bila dah selesai mkn cikgu panggil seorang pelayan utk kira. Sebab lama sgt menunggu, cikgu pun pergi ke kaunter bayaran. Cikgu dah sampai di kaunter bayaran baru dia nk pergi ke meja utk kira!!!!
Cikgu cakap pd bdk tu, "Eh...tak payah, aku dah sampai sini. Lambat sangat!"
Maka masam lah muka budak tu. Ha....padan muka! Lembab sangat. Dah kena tegur.
Jadi sempena nama restoran itu, lempeng bolehlah membawa maksud lambat....lembab.....slow!!!
Memang tak akan ke situ lagi.
No comments:
Post a Comment