Secara tak sengaja tertengok drama ni. Mula ingat nak bagi la juga sokongan kat drama TV tempatan. Tapi bila tengok dia tiru bulat bulat dari Grey's Anatomy, langsung tak selera nak tengok. Sangat memualkan...menjengkelkan..
Kok ye pun nak tiru, jangan la ditiru bulat bulat! Dah ketandusan sangat kah pengkarya di Malaysia ni? Ke mana perginya pengawasan dari pihak Media Prima sehingga drama yang sebegini rendah kualitinya boleh disiarkan?
Apa yang amat memualkan berkenaan drama ini adalah mencedok habis gaya hidup yang dipaparkan di dalam Grey's Anantomy di mana "interns" mangamalkan seks bebas....bersekedudukan...berzina!!!
Kalau dalam Grey's Anatomy, cara hidup sedemikian adalah norma kehidupan mereka di Amerika Syarikat. Ini Malaysia. Majoriti rakyatnya beragama Islam. Seks bebas, bersekedudukan, berzina, bukan sahaja tidak diterima dalam Islam, tetapi juga agama agama lain yang dianuti di negara ini.
Bukan semua dari Grey's Anatomy itu tak boleh ditiru. Kalau nak cedok pun, ambil lah bahagian yang menunjukkan semangat setiakawan, ketabahan, kejujuran, ketelusan, kesetiaan. Banyak nilai-nilai yang baik yang boleh diambil dari Grey's Anatomy. Malangnya pengkarya yang mencedok dari Grey's Anatomy jelas tidak tahu menilai. Tidak peka terhadap resam hidup masyarakat tempatan....walaupun beliau seorang tempatan(?)
Malang sekali jika pihak Media Prima tidak lebih berhati-hati, drama drama yang sebegini hanya akan meracuni fikiran dan merosakkan akhlak modal insan negara kita.
No comments:
Post a Comment