Thursday, January 15, 2009

KERAJAAN PULAU PINANG DAN RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CHINA

Saya bukanlah penyokong mana-mana parti politik...Cik gu la pulak!

Tapi, saya amat menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tidak meluluskan sumbangan sebanyak RM15,000 (banyak tu!) kepada PCTH (Penang Chinese Town Hall) untuk mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru China.

Di kala dunia menghadapi kegawatan ekonomi, kenapa mesti melakukan pembaziran?

Pihak PCTH masih berkeras untuk meneruskan acara besar-besaran yang dianggarkan memakan belanja sebanyak RM50,000 (wooa!!!) dan bercadang untuk mendapatkan sumbangan dari sumber lain.

Eloklah kalau begitu. Kalau nak makan besar janganlah bazirkan duit rakyat.

Acara rumah terbuka secara besar-besaran sebagaimana yang sering diadakan sebenarnya banyak menyebabkan berlakunya pembaziran. Jika matlamatnya untuk memupuk perpaduan antara kaum, matlamat itu sebenarnya tidak tercapai.

Apa yang sebenarnya berlaku di acara-acara seumpama itu adalah para pengunjung "muntah kedarah" dan membazir. Mana ada pengunjung berinteraksi antara satu sama lain.

Tak payahlah media arus perdana pukul canang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggalakkan perpaduan antara kaum dengan tidak menyumbang kepada acara rumah terbuka anjuran PCTH tu. Ada banyak lagi cara lain untuk menggalakkan perpaduan antara kaum.

No comments: