Friday, January 30, 2009

TO THOSE WHO STILL FIND IT HARD TO BOYCOTT

I'm sad to see that many Malaysians, especially the Muslims find it hard to boycott McDonald's, TESCO, CARREFOUR.....etc, etc. It's not like there's nothing else to eat if they don't go to McDonald's. TESCO and CARREFOUR are not going to make you any richer if you shop there rather than shop at Giant, Maidin, KKK, SOGO, JUSCO.

Why don't you just read what Tun Dr Mahathir has written on his blog. Perhaps you'd be somewhat enlightened!

Thursday, January 29, 2009

SAD NEWS FROM SIS

My elder sister, Zuriyati (Joi), who is residing in Kucing sent me a text message saying that she has just been informed by her doctor that both her kidneys are failing and she will have to go for dialysis. I couldn't bring myself to call her. I wonder if she's in hospital?

I have been reciting the surah Yaasin and praying for her well being. I'll try to do that everyday. That's about all I can do for her anyway. If she's in Ampang I'll definitely be paying her a visit. But then she's in Kucing now.

Joi has often been ill. In fact, as our cousin Asma said, the news of Joi being ill is nothing surprising. When she was living in Ampang she was often down with a fever or having a high blood pressure. She would sometimes even be admitted to the hospital. Even her house is near Ampang Putri Hospital!

In addition to kidney failure and high blood pressure, Joi also underwent an operation to correct her bent femur and slipped knee cap. She had the operation a few years back. But since then she has not been able to bend her left leg.

Having to go for dialysis I suppose tops all the other ailments that Joi suffers from. I pray that she be strong in facing whatever challenges that this illness should bring and that she overcomes them all. I will always pray for her well being and good health.

Wednesday, January 28, 2009

WOULD YOU SPONSOR MY DRAMA?

I discovered last week that I have to produce a drama for an inter-school competition which is scheduled for 16th of February!
I only have about 10 days to select the actors/actresses, get them to rehearse their lines, get the props and costumes ready.....crazy right?

This is quite normal for school teachers like me. We are all the time required to perform magic.

Back to the drama production.

I did manage to get a script for the drama. I've yet to get the students who are willing to act though.

Last week was pretty hectic at school. For CNY the school is closed till next weekend since more than half of the students are Chinese. That's a loss of five days as far as I'm concerned since I'm not able to start work on the drama.

Getting the costumes and the props is going to be another problem. The school will not be providing any financial assistance. It's usually up to the teacher in charge to be creative and innovative!

Creativity and innovation do not come for free for goodness sake!

Having to be creative and innovative always results in the teachers having to burn a hole in our shallow pockets. We teachers are candles after all....burning ourselves in order to provide light for others?!


I wonder if there's any generous sponsors out there who would sponsor my drama?




Sunday, January 18, 2009

KERAJAAN PULAU PINANG TAK AKAN BOIKOT PRODUK AMERIKA

Dalam posting saya yang lepas saya menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang. Tapi kali ini saya membantah 100%!

Keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk tidak memboikot produk Amerika menunjukkan kerajaan negeri tersebut tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin. Tidak sensitif, tidak peka, tidak ambil pusing....hanya mementingkan diri sendiri.

Kita semua harus sedar bahawa peperangan di Palestin itu bukan peperangan antara agama. Perbalahan di Palestin itu merupakan perebutan kawasan, di mana Israel mahu melenyapkan Palestin bagi memperluaskan Israel.

Peluru dan bom yang disasarkan oleh tentera Israel ke arah Palestin tidak memilih mangsanya hanya yang Islam sahaja. Penduduk Palestin bukan semuanya Islam. Ada juga yang menganut agama lain.

Apa yang kita semua bantah adalah mangsa serangan Israel itu terdiri daripada kanak-kanak, wanita, orang-orang tua...menjadikan perbuatan Israel itu satu jenayah terhadap kemanusiaan, dan bukan terhadap mana-mana agama.

Sememangnyalah semua agama mengharamkan pembunuhan.

Walaupun mendapat bantahan dari seluruh dunia, namun Israel berterusan menyerang Palestin kerana mereka mendapat sokongan dan bantuan dari kuasa-kuasa besar, terutamanya Amerika Syarikat. Negara-negara lain tidak akan dapat mengalahkan Israel dengan menggunakan kuasa ketenteraan selagi Amerika berada di belakang Israel.

Oleh itu, cara yang paling efektif ialah dengan cara memboikot produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang menyumbang kepada jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel.

Perlu diingat bahawa setiap sen yang dibelanjakan bagi membeli produk-produk yang dimaksudkan bersamaan dengan satu sen sumbangan kepada Israel untuk membolehkannya menyerang Palestin!

Kita tidak mampu pergi berperang tapi sesungguhnya kita mampu untuk memberi tekanan ekonomi kepada negara-negara yang bersekongkol dengan Israel.

Thursday, January 15, 2009

KERAJAAN PULAU PINANG DAN RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CHINA

Saya bukanlah penyokong mana-mana parti politik...Cik gu la pulak!

Tapi, saya amat menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tidak meluluskan sumbangan sebanyak RM15,000 (banyak tu!) kepada PCTH (Penang Chinese Town Hall) untuk mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru China.

Di kala dunia menghadapi kegawatan ekonomi, kenapa mesti melakukan pembaziran?

Pihak PCTH masih berkeras untuk meneruskan acara besar-besaran yang dianggarkan memakan belanja sebanyak RM50,000 (wooa!!!) dan bercadang untuk mendapatkan sumbangan dari sumber lain.

Eloklah kalau begitu. Kalau nak makan besar janganlah bazirkan duit rakyat.

Acara rumah terbuka secara besar-besaran sebagaimana yang sering diadakan sebenarnya banyak menyebabkan berlakunya pembaziran. Jika matlamatnya untuk memupuk perpaduan antara kaum, matlamat itu sebenarnya tidak tercapai.

Apa yang sebenarnya berlaku di acara-acara seumpama itu adalah para pengunjung "muntah kedarah" dan membazir. Mana ada pengunjung berinteraksi antara satu sama lain.

Tak payahlah media arus perdana pukul canang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggalakkan perpaduan antara kaum dengan tidak menyumbang kepada acara rumah terbuka anjuran PCTH tu. Ada banyak lagi cara lain untuk menggalakkan perpaduan antara kaum.

Sunday, January 11, 2009

BOIKOT!!!







































Israel terus mengganas di Gaza . Bertambah ramai yang menjadi mangsa kekejaman tentera Yahudi.

Mampukah kita berdiam diri? Tergamakkah kita membiarkan saudara kita terus menjadi korban kerakusan puak Zionis?

Apa sangatlah kiranya sumbangan kita jika hanya tidak menggunakan produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang menyumbang ke arah membinasakan Palestine.


Tak rugi dan tak akan mati kita sekiranya kita memilih untuk tidak menggunakan produk-produk yang tertera. Tapi sekiranya kita masih terus menggunakannya juga........mereka yang tidak berdosa akan terus menjadi mangsa pembunuhan tentera Israel!

Saturday, January 10, 2009

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2009

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan untuk kakitangan awam bagi tahun 2009 ini diambil dari Jabatan Akauntan Negara bagi membolehkan kakitangan awam seperti saya merancang perbelanjaan untuk tahun ini.


Januari - 19.01.2009 - Isnin - Tahun Baru Cina (26 & 27.01.2009)

Februari - 25.02.2009 - Rabu

Mac - 25.03.2009 - Rabu

April - 23.04.2009 - Khamis

Mei - 25.05.2009 - Isnin

Jun - 25.06.2009 - Khamis

Julai - 23.07.2009 - Khamis

Ogos - 25.08.2009 - Selasa

September - 10.09.2009 - Khamis - Hari Raya Aidilfitri (20 & 21.09.2009)

Oktober - 08.10.2009 - Khamis - Depavali (17.10.2009)

November - 25.11.2009 - Rabu

Disember - 17.12.2009 - Khamis - Hari Krismas (25.12.2009)

Friday, January 9, 2009

WHAT I CAN AND WILL DO FOR THE PALESTINIANS


The Israel-Palestine conflict is a global issue. But in spite of protests and condemnations from all over the world, the Israelis continue to wage an "all out" war in Gaza. Many more innocents continue to be killed.

Is the rest of the world going to let the violence continue and do nothing about it?

On my part, what can I do? I can and will definitely support the call to boycott anything related to Israel.

I hope that this small part that I play can help to stop the killings in Palestine.

Thank you Adek for the images.


Sunday, January 4, 2009

Bank insiders helping to drain accounts?

I wrote about BANKING FRAUD in August last year.

My daughter did receive a letter from BNM, but only to be informed that the matter had been passed to Maybank Serdang for further investigation. That's where my daughter's money was drained from her savings account!

Someone from the bank rang my daughter asking for her account number citing that the form sent by BNM was not clearly written. Really?

When I heard from BERNAMA news that the Deputy Minister in the Prime Minister's Department, Senator T. Murugiah promised that he would personally look into every complaint lodged with the Public Complaints Bureau, I am hopeful that my previous effort will not be in vain. This is also reported here .

Since my daughter has not heard from Maybank Serdang again, I will definitely make the effort to forward the report I made to BNM to PCB sometimes soon.

My daughter has actually given up hope. But with the latest development I'm optimistic that there's still hope yet, insyaallah...

Saturday, January 3, 2009

A BIRTHDAY TREAT

My daughters, Liyana and Aminah, gave me a birthday treat! Yana took my husband and I to dinner. We went to this nice little place in Cheras, Santai Cafe. The food is pretty good.

I wasn't expecting the treat. After all Yana will only be getting her first pay for her part time job at EPF next week. It was indeed a nice surprise. Too bad her sister, Aminah, couldn't join us since she's in Kuantan.

Thank you Yana and Adek!

SAY NO TO SIME DARBY'S TAKEOVER OF IJN!


BLOG MENGHINA RASULULLAH S.A.W.

Timbul lagi blog yang menghina Rasulullah s.a.w. Kali ini menggunakan nama Adibah Mohamed pula. Telah dikenal pasti penulis blog ini menggunakan IP dari luar negara.

Saya terpanggil untuk mencari maklumat tentang sumber blog ini dan mendapati bahan-bahannya dipetik dari buku yang ditulis oleh Ali Sina .

Siapa Ali Sina ?

Ali Sina hanya nama samaran. Si keparat ini seorang murtad dari Iran dan sekarang menetap di Kanada. Misi laknatullah ini untuk menghapuskan Islam.

Kepada bloggers yang bertindak untuk terus 'flag' blog tersebut, itu bukanlah cara yang efektif untuk melawan musuh Islam ini. Blog yang sepertinya pasti akan timbul lagi. Agama kita dicabar dengan penulisan. Jadi, umat Islam perlu memerangi dengan tulisan juga.

Umat Islam dari negara-negara lain yang mengetahui tentang Ali Sina mengecam beliau dan diancam bunuh lagi. Beliau juga dikecam hebat di alam siber. Itulah yang sepatutnya dibuat oleh bloggers di Malaysia.

Berjihad bukan sekadar berperang dengan senjata. Ayuh! Kita berjihad di alam siber....

ALLAHUAKBAR!

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

I'm 49 today. Alhamdulillah!

Do I feel any different now that I'm another year older? Don't seem to...after all what is 49? It's just a number. How is one supposed to feel at 49 anyway?

But the day is so gloomy though. It's been raining since last night. Don't seem like the sun will be shining today. So, I guess I'll be spending quite a lot of time sitting in front of the computer.

YURAN SEKOLAH

Pendaftaran murid-murid tingkatan satu dan peralihan diadakan pada 2hb Januari mulai jam 8 pagi. Ada yang hadir bersama ibu bapa atau penjaga, dan ada juga yang hadir bersendirian.

Murid-murid dikumpulkan di dalam dewan mengikut kelas masing-masing bagi mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Penolong Kanan Akademik, Setiausaha Kokurikulum dan Guru Disiplin. Dewan agak sempit oleh kerana ianya hanyalah bilik-bilik darjah. Upacara tidak dapat diadakan di Tapak Perhimpunan kerana pagi itu hujan renyai-renyai.

Tidak semua murid berada di dalam dewan. Ramai juga berkeliaran di luar dewan bersama ibu-bapa atau penjaga masing-masing. Ada yang berurusan di kedai buku bagi membeli keperluan alatulis dan buku latihan. Oleh itu tidak semua yang mengikuti taklimat yang diberi.

Selesai taklimat, murid-murid dibawa ke bilik darjah masing-masing oleh guru kelas. Setiap guru kelas dibantu oleh seorang guru bagi melancarkan lagi urusan seterusnya.

Ibu-bapa/Penjaga/Murid berjumpa dengan guru kelas/pembantu mengikut nombor giliran yang telah diberikan sebaik sahaja mereka sampai ke sekolah, bagi menyerahkan segala dokumen yang diperlukan dan membuat bayaran.

Tahun ini yuran sekolah dan yuran PIBG hanya akan dikutip pada bulan Mac. Apa rasionalnya?...tidak dinyatakan. Guru-guru hanya mengutip bayaran tambahan sahaja.

Murid-murid lelaki perlu membayar RM100 manakala murid-murid perempuan pula RM92.
Bayaran tambahan ini adalah untuk berbagai jenis buku dan kad laporan, kemeja-T (2 jenis), tali leher, lencana sekolah dan lencana sesi.

Ada di antara item yang murid dikehendaki beli, pada pandangan saya yidak perlu dan adalah satu pembaziran.

1. Tali leher bagi murid lelaki.
Kebanyakan murid tidak memakai tali leher yang telah dibeli. Kalau ada yang pakai pun tidak memakainya dengan betul. Lagi pun tali leher tidak sesuai untuk dipakai di negara kita yang panas sepanjang tahun!

2. Buku Laporan Kemajuan Akademik dan Kad Ujian Bulanan.
Markah untuk setiap ujian dan peperiksaan dimasukkan ke dalam komputer dan laporan untuk setiap murid boleh dicetak. Tapi guru masih perlu mengisi Buku Laporan Kemajuan Akademik dan Kad Ujian Bulanan! Kenapa mesti buat kerja yang sia-sia?

3. Kad Disiplin.
Kad ini hanya digunakan bagi mencatat salah laku murid. Yang terlibat bukan semua tapi semua murid dikehendaki membeli kad ini. Bukankah ini satu lagi pembaziran?

3. Kad 001.
Ada sekolah yang telah memansuhkan penggunaan kad ini (langkah yang bijak). Semua maklumat yang perlu diisi ke dalam kad ini telah pun ada di dalam Buku Laporan Kesihatan, Buku Laporan Kokurikulum, Buku Laporan Akademik, Kad Ujian Bulanan dan Buku Laporan Adap Belajar, yang semuanya disimpan di dalam Fail Profil Murid. Sekali lagi satu pembaziran dan guru-guru membuat kerja yang sia-sia.

4. Buku Laporan Adap Belajar.
Adap belajar dikuantifikan dengan nombor? Sangat tidak munasabah!

Ini hanyalah pandangan peribadi seorang guru yang tiada pengaruh dalam membuat keputusan. Tidak akan mendatangkan apa-apa perubahan pun. Tapi masih perlu diluahkan juga.

Walau apa pun, guru ini masih perlu mengikut arahan.

Thursday, January 1, 2009

ZENTRUM FUTURE STUDIES

The Doctor who was mentioned in my previous posting 2009 YEAR OF CATASTROPHE IN THE 21ST CENTURY? is Dr Abu Hassan Hasbullah, the founder of Zentrum Future Studies.

CURRICULUM VITAE

NAME : Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah
DESIGNATION : Senior Lecturer
DEPARTMENT : Department Of Media Studies
FACULTY : Faculty Of Arts And Social Sciences

ACADEMIC QUALIFICATION (Qualification), (Institution).

PHD (UNIVERSITI VIENNA), Others
MA , UNIVERSITY OF MALAYA (UM)
BA , UNIVERSITY OF MALAYA (UM)

PROFESSIONAL AFFILIATION/MEMBERSHIP(Organisation), (Role), (Year), (Level).

Persatuan Pelajar Pengajian Media, Advisor, 2000-2002, (National)
Ikatan Sasterawan Universiti Malaya, Advisor, 2000, (National)
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya, Assistant Secretary, 2000-2002, (National)
Permuafakatan Gerakan Generasi Intelektual Baru Malaysia (MANGGIS), Chairman, 2000, (National)
Badan Gravitas Remaja Melayu (BAGRU), Chairman, 2000, (National)
Persatuan Pencinta Buku Malaysia, 2Nd Vice President, 2005, (National)
Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM), Founding Chairman, 2005, (National)
NoTrans Fat Malaysia, Vice-Chairman, 2008, (International)
Persatuan Penulis Nasional (PENA), Member, 2006, (National)
Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Member, 2007, (National)
Akademi Sinema Amatur Malaysia (ASASINEMA), Founding Chairman, 2008, (National)


AREAS OF EXPERTISE (Area).

Film Studies (Theory and Criticism, Cinematomy (Directing, Cinematography, Production), Dramaturgy, Digital Cinema, and Marketing)
Broadcasting (Radio, Television, Future Broadcast (Podcast, iTV, WebTV), Television Culture (Policy, Research and Development of Industry) and Media Corridor)
Cultural Studies (Cultural Studies, Comparative Cultural Philosophy)
Future Studies (Future Studies, Future Media Technology, Cyberism)
Rhetoric, Philosophy And Logic (Rhetoric, Logic, Philosophy)

What does Zentrum mean?

The Centre Party (Zentrum) was a Catholic political party in Germany during the Kaiserreich and the Weimar Republic.

So, how credible is the prediction of Zentrum Future Studies?

I do look forward to a prosperous and blessed 2009! I believe that if our outlook is positive then the outcome will be positive.

2009 YEAR OF CATASTROPHE IN THE 21ST CENTURY?

This is indeed a bleak start to the new year!

I was switching channels when what a guest in Suhaimi Sulaiman's talk show on Astro Awani said caught my attention. I didn't get the guest's name but Suhaimi addressed him as Doctor. He looks familiar though. I think I've seen him on other TV programmes.

Anyway, he said something about cities in Malaysia facing earthquakes, not due to natural causes but because of developments that are not properly planned.

The good Doctor mentioned two other major catastrophes that the country will be facing this year if the decision makers are not careful.

We will be facing a catastrophe in our Education system, which we already are. This will in turn effect our Human Capital.

The worst catastrophe will be on water. We in Malaysia do not seem to appreciate our water resources. Rivers are polluted and water catchment areas are developed into residential areas.

I hope and pray that what Future Studies have predicted will not materialise. We will all have to do our part to ensure this.