Monday, November 10, 2008

TANGGUNGJAWAB KETUA

Menjadi seorang ketua bukan perkara yang mudah. Tanpa kerjasama dan sokongan yang padu daripada semua yang di bawah penyeliaan seorang ketua, segala urusan tidak akan dapat disempurnakan.

Untuk MUET (Writing) yang baru lepas, saya menjadi Ketua Pengawas dengan 5 orang Pengawas di bawah seliaan saya. Kami berenam dari sekolah yang sama. Pada mulanya saya fikir tentu tugas saya akan menjadi lebih mudah dan lancar kerana kami berenam dari sekolah yang sama. Tambahan pula dua dari mereka telah berpengalaman menjadi seorang pengawas untuk MUET (Writing). Lebih-lebih lagi, seorang darinya pernah menjadi Ketua Pengawas untuk MUET (Writing) pada pertengahan tahun.

Malangnya, apa yang berlaku agak mengecewakan.

  1. Semasa taklimat pengawasan, ada Pengawas tidak membawa dokumen-dokumen yang mereka perlu serahkan kepada saya untuk tujuan tuntutan perjalanan dan elaun pengawasan. Oleh itu proses mengisi maklumat ke dalam perisian yang dibekalkan oleh MPM tidak dapat disempurnakan.
  2. Oleh kerana peperiksaan akan dijalankan di dalam empat bilik darjah, empat buah pemain CD diperlukan untuk kertas 'Listening'. Saya meminta setiap pengawas mencari satu pemain CD. Jadi, akan ada satu pemain CD yang akan menjadi 'back-up' sekiranya ada di antara yang empat lagi rosak. Kadar sewa untuk setiap pemain CD ialah RM40. Saya maklumkan kepada Pengawas-pengawas saya bahawa saya tidak akan berdaya untuk mencari kesemua pemain CD oleh kerana pada hari pepereksaan nanti saya ada banyak barang yang perlu diangkat ke bilik peperiksaan yang ditempatkan di tingkat tiga. Saya hanya akan membeli batteri untuk empat pemain CD sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan bekalan letrik. Pada hari peperiksaan seorang pengawas memaklumkan dia tak dapat nak cari pemain CD. Semasa peperiksaan 'Listening' hendak dijalankan, satu pemain CD tidak boleh digunakan! Akibatnya, calon-calon dari satu bilik terpaksa menjalankan ujian 'Listening' 30 minit lebih lewat.
  3. 10 minit sebelum ujian dimulakan, iaitu pada 07.50 pagi, pengawas-pengawas diminta mengambil kertas BJAP (Borang Jawapan Aneka Pilihan) untuk calon-calon di bilik masing-masing. Ada pengawas telah mengambil BJAP untuk calon-calon bilik yang lain. Apabila angka giliran pada BJAP tidak sama dengan slip peperiksaan yang ditampal pada meja calon, pengawas mendakwa meja calon tidak disusun ikut turutan angka giliran. Ujian dijalankan lewat 5 minit. Apabila saya semak kemudian didapati hanya dua meja sahaja tidak disusun ikut turutan yang betul!
  4. Setiap pengawas dikehendaki mengutip skrip jawapan, termasuk skrip jawapan calon yang tidak hadir mengikut susunan angka giliran dan memastikan skrip jawapan cukup sebelum diserahkan kepada Ketua Pengawas untuk dibungkus. Semasa Ketua Pengawas mengira skrip jawapan 'Writing' sebelum dibungkus, didapati ada pengawas yang tidak menyusun skrip jawapan mengikut susunan angka giliran. Ada pula yang tidak memastikan skrip jawapan diikat dengan kemas oleh calon. Ini menyebabkan proses pembungkusan menjadi lambat!
  5. Semua Pengawas telah dimaklumkan bahawa skrip jawapan bagi calon yang tidak hadir perlu dikutip dan dituliskan No. KP dan angka giliran calon serta dicatatkan pada skrip tersebut 'CALON TIDAK HADIR', dan diserahkan kepada Ketua Pengawas bersama-sama dengan skrip jawapan yang lain. Pagi tadi Penyelia Kawasan memberi kepada saya satu skrip jawapan 'Listening' calon yang tidak hadir (tercatat pada skrip tersebut 'CALON TIDAK HADIR') yang dijumpai oleh Setiausaha MUET sekolah tersebut di atas meja calon semasa beliau memeriksa bilik-bilik peperiksaan! Semasa menghadiri taklimat pengurusan borang tuntutan di Shah Alam tadi, dapatlah saya serahkan skrip jawapan tersebut kepada Pegawai yang berkenaan.
  6. Semua Pengawas sepatutnya tidak boleh beredar sehingga Ketua Pengawas telah selesai semua urusannya. Malangnya, oleh kerana Pengawas-pengawas asyik menyuarakan nak balik saya benarkan mereka pergi dahulu tapi mereka perlu tolong saya angkat barang-barang turun. Sebaik selesai mengemas didapati satu kotak yang berisi 3 rim kertas telah ditinggalkan! Saya ada lagi satu beg berisi dokumen-dokumen lain yang perlu diangkat. Tak apalah. Memang berat, tapi nak buat macamana? Melihat saya seorang susah payah mengangkut beg dan kotak, Penyelia Kawasan membantu saya mengangkat satu kotak ke Bilik Kebal. Pada awal paginya saya terpaksa buat 3 'trip' untuk angkut barang-barang yang diperlukan kerana Pengawas-pengawas lewat sampai. Hanya seorang yang sampai awal dan beliau perlu menunggu di Bilik Peperiksaan untuk mengawal kertas soalan.
  7. Perisian borang tuntutan yang dibekalkan oleh MPM tidak 'user friendly'. Salah seorang Pengawas menawarkan khidmat suaminya yang pakar IT untuk melengkapkan borang tuntutan untuk semua 4 Pengawas yang lain. Jadi, saya serahkan CD perisian serta disket bagi menyimpan semua rekod. Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya perlukan 'hard copy' dan 'soft copy' sekali. Sebaik sahaja hendak 'import' data dari A semasa berada di Shah Alam, didapati tiada data yang boleh di 'import'. Saya telefon Pengawas tersebut. Jawabnya, komputer di rumahnya tiada 'drive A'! Jadi terpaksalah saya 'key-in' semula semua maklumat untuk semua 5 Pengawas.

Ini bukanlah pertama kali saya menjadi Ketua Pengawas. Tapi inilah pertama kali saya menghadapi berbagai-bagai masaalah. Semua masaalah yang timbul adalah disebabkan kelemahan saya juga. Saya terlalu memberi kepercayaan kepada Pengawas-pengawas di bawah saya dan menjadi leka. Segala yang berlaku akan saya jadikan pengajaran agar lebih berhati-hati dan tidak melepaskan tanggungjawab kepada orang-orang yang di bawah seliaan saya.

No comments: