Bilangan guru lelaki sangat sedikit dibandingkan guru wanita. Oleh kerana bilangan mereka sedikit, peratus yang tidak beretika menjadi tinggi, walaupun dari segi bilangan adalah rendah.
Dari pengalaman, guru-guru lelaki yang tidak beretika ini adalah mereka yang sering mengelat. Sering tak masuk kelas, hilang entah ke mana. Kalau masuk kelas pun, sering tak mengajar. Keluar masuk kawasan sekolah sewaktu sesi persekolahan ikut suka hati. Maklumlah, pentadbir kebanyakannya dari kalangan wanita. Jadi guru-guru lelaki ini tak heran dan tak takut.
Apabila mereka dilantik sebagai ketua untuk apa jua aktiviti di sekolah, pasti menjadi bebanan kepada guru-guru wanita sebab akhirnya guru-guru wanita ni juga lah yang kena membuat semua kerja.
Ramai juga di antara guru-guru lelaki sebegini berhijrah ke KPM - PPK, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Buku Teks, BPG, Pernaziran, dsbnya.
Kadangkala, ada pula yang dijemput ke sekolah untuk memberi ceramah kepada guru-guru. Maklumlahlah dah jadi pegawai.
Banyak cantik nak mengajar guru-guru. Macam tak ada di antara guru-guru di sekolah tersebut yang mengenalinya?
Mungkinkah disebabkan kepupusan species guru-guru lelaki yang berwibawa ini menyebabkan murid-murid lelaki yang cemerlang juga berkurangan? Mungkinkah 'role model' yang murid-murid ini perlukan tiada atau sangat kurang?
Fikir-fikirkanlah!
No comments:
Post a Comment