Rasional pelaksanaan PPSMI:
- memastikan pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa inggeris
- secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan dalam bahasa inggeris
Dakwaan bahawa PPSMI berjaya dengan menjadikan keputusan UPSR yang baru lepas sebagai pengukur adalah tidak tepat. Ini kerana soalan peperiksaan masih lagi dalam dwibahasa, dan bukan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris sebagaimana yang dirancang. Kalau dah ada soalan dalam Bahasa Melayu dan murid boleh menjawab dalam Bahasa Melayu, pasti murid akan memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu. Baca selanjutnya di sini
Setelah mempelajari Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris, adakah penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris lebih baik?Sekali lagi jawapannya tidak.
Kenapa ini berlaku? Di mana silapnya? Adakah strategi perlaksanaannya patut dipersalahkan? Ataupun guru-guru yang mengajar tidak cukup kemahiran? Ataupun 'Teaching Courseware' yang tidak sesuai? Murid-murid? Ibu-bapa?Kenapa susah sangat bagi murid-murid ini untuk menguasai Bahasa Inggeris? Bukankah berbagai bahan rujukan boleh diperolehi dalam berbagai bentuk? Bukan sekadar dalam bentuk bahan bercetak, malahan dalam bentuk elktronik juga boleh didapati. Guru-guru juga banyak membantu. Bukan sekadar penerangan dalam Bahasa Melayu, nota dan lembaran kerja pun dibekalkan. Guru-guru juga mengadakan kelas-kelas tambahan di luar jadual. Itu pun belum cukup lagi?
Mungkinkah murid-murid ini terlalu dimanjakan sehinggakan mereka tiada initiatif untuk mencari maklumat atau membuat rujukan sendiri?Kalau saya boleh berjaya mendapat A1 untuk Mathematics dan Additional Mathematics pada tahun 1977 kenapa murid-murid sekarang tidak boleh? Saya bersekolah di luar bandar, arwah ayah seorang kerani dan arwah emak pula berpendidikan sekolah rendah sahaja. Guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik pula semuanya berbangsa Cina, dan tinggal di bandar. Saya tidak mendapat bantuan tambahan daripada sesiapa pun. Nak pergi kelas tiusyen pun tak mampu. Saya juga bukanlah pandai. Semasa di sekolah rendah, tak tau pun bila masa saya menduduki peperiksaan UPSR! Tau tau, kawan-kawan dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains. Mungkin itu menjadi satu rangsangan bagi saya untuk memastikan saya berjaya semasa di sekolah menengah.
Segala usaha saya membuahkan hasil. Saya berjaya menjadi pelajar terbaik sekolah untuk LCE dan MCE.Masa tu tak ada komputer. TV pun hitam putih dan ada dua saluran sahaja. Bahan rujukan cari sendiri.
Malangnya murid-murid sekarang ramai yang tiada visi, apatah lagi misi. Ramai yang ke sekolah tanpa tujuan yang jelas.Berbalik kepada PPSMI. Adakah ia benar-benar telah berjaya mencapai matlamatnya? Sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah, jawapan saya adalah TIDAK.
Who is to be blamed? What do you think?
1 comment:
hal ini perlu kajian semula..
Post a Comment