Wednesday, October 15, 2008

AURA ADI PUTRA

Khas buat Adi Putra.

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dan anak (Siti Aminah) telah dapat bertemu dengan insan yang amat istimewa, Adi Putra.

What the two of us learned that night about Adi Putra just cannot be described in words, with the limited vocabulary that I have.

Tujuan asal pergi mencari Adi Putra adalah kerana ingin mendapatkan ubat bagi merawat penyakit yang saya dan anak hidapi.

  • Saya menderitai penyakit 'plantar fasciitis' (diagnosis doktor). Sakitnya menjadi-jadi sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Telah berbagai ubat dan kaedah rawatan dicuba. Namun tiada yang berkesan.
  • Anak pula menderitai penyakit lelah sejak kecil, ditambah pula dengan resdung yang agak serius. Akibatnya, beliau sering tidak dapat menghadiri kuliah, lalu menjejaskan prestasi akademiknya.

Semasa menziarah bapa saudara kepada suami di Kajang, kami diperkenalkan kepada produk Adi Putra. Melihatkan perubahan yang amat ketara kepada Pak Cik dan Mak Cik, (mereka kelihatan jauh lebih sihat dari sebelumnya), saya tertarik untuk mencuba.

Semasa mereka bertandang ke rumah pada hari Ahad minggu lepas, mereka bawakan set Penawar untuk anak dan ubat urat untuk saya. Malam tu juga saya makan dos yang pertama.

The pain was markedly reduced! Call it miracle...but after having been in constant pain, the effect was indeed very much welcomed, whatever you may call it.

Oleh kerana keberkesanan ubat yang saya makan itu amat menakjubkan, saya rasa saya mesti dapatkan maklumat lanjut tentangnya. Jadi saya layari internet untuk melihat dari website yang alamatnya diberi pada botol ubat tersebut.

Memanglah banyak maklumat yang saya perolehi. Keinginan saya untuk berhubung terus dengan Adi Putra menjadi bertambah kuat.

Saya cuba telefon ibu Adi Putra. Syukur alhamdulillah, panggilan saya dijawab. Saya memberitahu beliau yang saya berminat untuk menjadi pengedar. Beliau menjemput saya ke rumahnya!

Seminggu selepas saya makan dos yang pertama, pada Ahad lepas, ubat itu pun habis. Saya rasa saya mesti usahakan juga untuk ke rumah Adi Putra.

Saya ajak suami untuk menemani, tapi beliau tidak dapat berbuat demikian. Ajak pula anak saudara di Ampang, pun tak dapat nak temani saya kerana nak pergi ke rumah terbuka temannya. Anak yang sulung pula tak berminat nak ikut kerana beliau baru saja pulang dari Kuantan pada malam itu dan masih penat.

Jadi saya terpaksa ambil anak yang di UIA, PJ pada petang itu selepas Asar kerana beliau ada 'exam' petang itu sehingga 4 ptg.

Petang itu hujan. Bimbang juga takut banjir di perjalanan. Oleh kerana kuatnya keinginan untuk bertemu Adi Putra, perjalanan diteruskan juga.

Jalanraya sesak selepas tol Sg Besi. Namun tetap bersabar.

Kesesakan jalanraya berkurangan melepasi Seri Petaling. Melihatkan keadaan lalulintas melalui Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur tidak sesak, saya mengambil keputusan melaluinya dari UIA ke Gombak, melalui lebuhraya Sentul.

Saya hanya pernah melalui jalan tersebut sekali sahaja, itu pun suami yang memandu kereta. Kali ini saya beranikan juga sebab anak ada menemani. Beliau menjadi 'co-pilot', melihat papan tanda, petunjuk arah.

Akhirnya, kami sampai juga ke rumah Adi Putra, walaupun hampir sesat. Masa itu sudah hampir waktu Maghrib. Jadi saya menunaikan fardu Maghrib di rumah Adi Putra.

Kedua ibu bapa Adi Putra telah memberikan layanan yang sangat baik kepada kami berdua, 'two total strangers'! Banyak maklumat yang kami perolehi dari mereka berdua, terutamanya dari ayah Adi Putra. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi dengan kami berdua.

Semasa Adi Putra turun bersalaman dengan kami berdua, saya rasa amat kagum dengan cara Adi Putra membawa dirinya. Sama sekali tidak seperti anak yang berusia 9 tahun. Sukar untuk di gambarkan dengan perkataan. Bertuah sungguh dapat bersalaman dengan Adi Putra.

Semasa Adi Putra membuat pengiraan untuk nombor yang disediakan oleh ayahnya bagi dihadiahkan kepada anak saya, Siti Aminah tiba-tiba menangis.

Semasa dalam perjalanan pulang, saya bertanya kepada anak, "Kenapa adek menangis?" Jawabnya, "Adek tak tau."

Memang syahdu melihat Adi Putra. Sesungguhnya Adi Putra insan yang sungguh istimewa. Kelebihan yang ada pada dirinya adalah kurniaan Allah yang maha kuasa. Terpulang kepada semua samaada menerimanya atau tidak.

Berbalik kepada penyakit yang saya deritai, I'm very happy to say that I'm on the road to recovery. Saya sudah boleh berjalan seperti biasa. Bangun dari tidur tidak lagi menyeksakan.

Petang tadi, tergerak nak baca Yaasin selepas solat Asar. Saya dapat lakukan dengan cara duduk tanpa beralih-alih sehingga habis berdoa! Sebelum ini memanglah saya tak dapat berbuat demikian. Lepas Maghrib tadi, saya cuba terus membaca Al-Quran dalam keadaan duduk tahiyat akhir. Saya mampu melkukannya.

Syukur alhamdulillah!

Dengan itu, saya berazam untuk berkongsi dengan orang lain yang sakit tentang kelebihan produk Adi Putra. Saya akan memaklumkan kepada mereka tentang produk-produk yang mereka boleh ambil bagi merawat penyakit mereka. Namun begitu, terpulanglah kepada mereka samada percaya atau tidak.

Whatever it is, I AM ON THE ROAD TO RECOVERY! That really matters after having been in constant pain for so long.

Siti Aminah juga, insyaallah akan sembuh. That's important because she'll be studying at UIA in Kuantan comes December.

I hope to be able to meet Adi Putra again.

3 comments:

my said...

salam singgah..sungguh terharu dengarkan kisah ni..ari tu ada juga aminah cerita pada kami semua, terasa bertuahnya dpt bertemu adik adi..moga2 ada kesempatan kami pula diberi peluang emas itu..(munirah yusof)

Unknown said...

salam
sy dh cuba ubat ni..sy mngidap asma dan resdung...bekalan ubat sy sudah abes..dan susah sy nk mencari ubat ni lagi sekitar shah alam..bagaiman bole sy dptkan ubat ini...??017-9205560

azwani suhaimi said...

salam,kecoh ubat adi putra skg disahkan ada ddh steroid..hem~ patut ramai pesakit kate bleh sembuh..em~ mybe penangan ddh dlm tu..sigh~