Fatwa ialah menerangkan hukum-hukum Allah s.w.t. dengan berpandukan dalil-dalil Syara secara umum dan Syumul (Komprehensif). (al-Fatwa al-Islamiah. Jld. 1, h. 8)
Jelas bahawa segala fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa adalah penjelasan tentang hukum-hukum kepada umat Islam. Tiada kena mengena dengan penganut ugama lain.
Adalah amat melucukan apabila pihak Hindu Sangam mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap fatwa yang mengharamkan amalan yoga di kalangan umat Islam. Adakah mereka tidak mendengar dengan teliti atau membaca dengan teliti apa yang di umumkan oleh Majlis Fatwa?
Tidak kurang melucukan bantahan dari kumpulan yang melabelkan diri mereka sebagai "Sisters in Islam". Dari cara berpakaian, kumpulan ini tidak langsung menunjukkan imej sebagai "Sisters in Islam". Bagaimana pula mereka boleh melayakkan diri mereka sebagai mewakili "Sisters in Islam"? Siapa mereka hendak membantah fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulama-ulama yang sudah pasti berpengetahuan luas lagi mendalam di dalam perundangan Islam?
Begitu juga kumpulan-kumpulan yang membantah atau mempersoalkan fatwa yang mengharamkan pengkid. Siapa mereka untuk berbuat demikian?
Mereka yang bukan Islam sama sekali tiada hak untuk mempersoalkan amalan umat Islam. Bukan kah mereka ini juga yang melaung-laungkan tentang kebebasan berugama?
Umat Islam pula telah diberikan penerangan tentang hukum-hukum. Terpulang jika hendak patuh atau sebaliknya. Umpama hukum menutup aurat bagi wanita Islam. Hukum telah jelas tapi masih ada yang engkar.
Begitu juga hukum meminum arak dan berjudi. Jelas di nyatakan di dalam al-Quran, kedua-duanya haram. Tapi masih ada yang engkar.
Jangan pula menjadi umat Islam yang memilih untuk patuh kepada hukum yang sesuai mengikut keperluan dirinya sahaja. Mereka ini umpama:
Seorang pelukis dikehendaki melukis seekor gajah. Tetapi kepalanya ditukar kepada kepala kucing sebab pelukis lebih suka melukis kepala kucing yang lebih comel. Hasilnya gajah yang tidak sempurna.
No comments:
Post a Comment