Sunday, March 15, 2009

TAHNIAH NIK NUR MADIHAH!


Setinggi tahniah diucapkan kepada Nik Nur Madihah bt Nik Mohd. Kamal di atas kejayaan cemerlangnya dengan mendapat 20A di dalam SPM nya.

Kejayaan anak ini membuktikan bahawa kemiskinan tidak menjadi penghalang baginya untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, berkat usaha yang gigih di samping doa yang berterusan, kejayaan menjadi miliknya.

Nik Nur Madihah seterusnya perlu diberi bantuan dan bimbingan agar beliau terus berjaya. Permata yang berharga ini perlu dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya agar terus berkilauan. Anak ini adalah aset negara dan bangsa yang amat berharga.

Diharap agar anugerah yang diterima oleh anak ini dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak terhenti di situ sahaja.

Syabas Nik Nur Madihah! Kejayaan anda akan menjadi dorongan kepada anak-anak kampong yang lain untuk mencapai kecemerlangan.

SELAMAT MAJU JAYA!

No comments: