Tuesday, March 17, 2009

ISU PPSMI TERUS MENGUNDANG PERDEBATAN

Posting Che Det berkenaan PPSMI mengundang sehingga 579 komen sehingga waktu ini. Ramai yang menyokong pelaksanaan PPSMI, tak kurang juga yang membantah. Berbagai hujah yang diberi bagi menyokong pandangan masing-masing.

Kepada mereka yang kononnya memperjuangkan Bahasa Melayu, apa yang mungkin berlaku kepada Bahasa Inggeris ini mungkin juga berlaku kepada Bahasa Melayu?

Jika benar-benar memperjuangkan Bahasa Melayu, kenapa masih lagi ada sekolah-sekolah vernakular? Jika Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan, kenapa pula ditukarkan jadi Bahasa Malaysia? Mana Bahasa MELAYUnya?

Apa peranan RTM dalam memperkasakan Bahasa Melayu?

Menjelang 12 tengahari tadi disiarkan melalui TV1 nyanyian Lagu Kebangsaan Kita....sebaik sahaja jam 12 tengahari...Berita dalam Bahasa China!! RTM pun "flip-flop" juga?

Apa pula peranan pakar-pakar Bahasa Melayu dan DBP bagi memperkasakan Bahasa Melayu?

Walaupun saya seorang guru Melayu, saya tidak berani untuk mengajar Bahasa Melayu kerana banyak sangat berlaku perubahan dari segi tatabahasa, ejaan, sebutan dan sebagainya. Bahasa Melayu yang saya belajar sekitar tahun 60an dan 70an tidak lagi sama dengan Bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah sekarang.

Sebaliknya, Bahasa Inggeris yang saya belajar di zaman persekolahan saya sama dengan apa yang saya ajarkan kepada anak didik saya.

Ini menunjukkan betapa rapuhnya Bahasa Melayu itu. Semua yang berkenaan perlu melakukan sesuatu bagi memantapkan lagi Bahasa Melayu, dan seterusnya memperkasakannya dengan memastikan penggunaan nya yang lebih meluas. Tidak memadai dengan hanya meMELAYUkan Bahasa Inggeris, sebagaimana yang sering dilakukan sekarang.

Berbalik kepada PPSMI, tidakkah kejayaan cemerlang Nik Nur Madihah membuktikan bahawa mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris itu bukan hanya sesuai untuk murid-murid di bandar sahaja?

No comments: