Pada tahun 60an dan 70an, di kampong saya ada 3 aliran sekolah rendah dan 2 aliran sekolah menegah: SRJK(Cina), SRJK(Inggeris), SRK, SMK dan SMJK (Inggeris). Ramai ibu-bapa memilih untuk menghantar anak-anak mereka belajar di SMJK(I), termasuk yang tinggal di kampong-kampong yang agak jauh dari sekolah. Mereka terpaksa menyewa bilik di rumah-rumah yang berhampiran sekolah. Begitulah kesukaran yang dilalui oleh anak-anak kampong pada masa itu demi untuk menuntut ilmu, mempelajari Maths dan Science dalam bahasa Inggeris.
Pada masa itu komputer belum ujud lagi. Buku rujukan tak mampu nak beli. Guru-guru yang mengajar adalah bukan Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Mereka hanya hadir di sekolah semasa waktu persekolahan sahaja. Tiada bimbingan tambahan dari mereka untuk anak-anak kampong ini. Nak pergi kelas tuisyen pun tak mampu.
Mereka semua berjaya menguasai Maths and Science dalam Bahasa Inggeris atas usaha mereka sendiri.
Pada masa ini, berbagai kemudahan disediakan. Komputer, buku rujukan, lembaran kerja yang disediakan oleh guru dan yang penting sekali guru-guru yang mengajar sebilangan besarnya Melayu yang boleh memberi bimbingan tambahan terhadap anak-anak didik mereka. Jadi apa masaalahnya? Kenapa mesti dipertikaikan lagi dasar pendidikan yang diilhamkan oleh seorang pemimpin yang berpandangan jauh ke depan, untuk kebaikan Bangsa dan Negara kita?
Usahlah membuang masa dan menimbulkan keadaan huru-hara. Semua patut bekerjasama bagi memastikan anak bangsa berjaya sebagaimana yang kita semua harapkan.
No comments:
Post a Comment