Sunday, March 15, 2009

ANAK YANG MEMBAWA REZEKI

Kecemerlangan yang diraih oleh Nik Nur Madihah mengundang rezeki yang datang mencurah-curah bagi anak ini dan keluarganya. Syukur alhamdulillah!

Dato' Noh Omar menjanjikan penajaan MARA secara "automatic", tanpa perlu mengisi borang atau melalui sesi temu duga.

Bank Negara Malaysia dan Petronas juga menawarkan penajaan.

Nik Nur Madihah perlu memilih dengan bijak. Di antara penaja-penaja ini, yang mana satu bukan sekadar membiayai pengajian, tetapi juga menjanjikan peluang pekerjaan sebaik tamat pengajian nanti.



Nasib keluarga Nik Nur Madihah juga nampak terbela apabila ada yang menjanjikan rumah yang lebih selesa untk mereka. Diharap akan betul-betul menjadi kenyataan dan bukan sekadar untuk siaran telivisyen sahaja.

Sekali lagi, SYABAS DAN SELAMAT MAJU JAYA!

No comments: