Tuesday, August 4, 2009

AWAS !! Enta dan orang Islam di Malaysia, tunggulah azab dan bala dari Allah !

Dipetik dari sini untuk renungan bersama.

"Baru-baru ni saya berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat dari Hebron yang kini menyambungkan pengajianya di UIAM. Dalam pertemuan ringkas itu pelbagai topik perbincangan dapat kami bualkan bersama terutamanya yang berkaitan dengan Jihad untuk membebaskan Palestin dari cengkaman regim Yahudi laknatullah. Saya agak terkedu dan terpukul dengan satu kenyataan dari beliau, katanya : " AWAS !! Enta dan orang Islam di Malaysia, tunggu azab dan bala dari Allah ! "

Adoii mak ! Apahal pulak ni ? Saya merungut sendirian dan bertanya kembali kepada teman tersebut kenapa dia cakap macam tu. Dia menjelaskan bahawa dia telah dipenjara selama 3 tahun oleh Israel kerana menunaikan solat lima waktu di masjid dan menurutnya lagi teman-temanya ada yang dipenjara lebih dari itu bahkan ada yang dipenjarakan selama 27 tahun hanya kerana pergi ke masjid untuk mendirikan solat. Mengejutkan !!

Dia juga mengatakan amaran tersebut wajar kepada orang islam di Malaysia kerana masjid - masjid di sini kosong dan tidak dipergunakan serta di manfaat sewajarnya untuk mendirikan solat. Apabila masuk waktu solat ramai kebanyakan orang-orang islam Malaysia tidak memperdulikanya bahkan tidak mahu mendirikan solat di masjid walaupun masjid itu terletak dihadapan matanya. Mereka hanya sibuk dengan urusan dunianya sahaja, ujar sahabat tersebut.

Dia juga menceritakan bahawa dia telah dipenjara selama 3 tahun itu dah dikira terlalu singkat dan dia tidak puas dengan ujian tersebut kerana orang lain sanggup dipenjara kerana menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah biarpun mereka terpaksa melintasi pelbagai ujian dan sekatan oleh regim Israel untuk mereka melangkahkan kaki ke masjid.

SEDARLAH wahai saudaraku di negara kita sememangnya masjid-masjid dibina dengan cantik dan mewah, bahkan kini kebanyakkan masjid sudah dilengkapi dengan hawa dingin tetapi jemaah yang datang menunaikan solat fardhu adalah terlalu sedikit berbanding dengan kepadatan penduduk islam di bumi Malaysia ini.

Kita memang dilingkungi dengan urusan dunia yang amat sangat hingga tidak mampu untuk melangkah kaki ke masjid dari waktu solat subuh hingga ke solat Isya', kita sentiasa sibuk. Sibuk dengan urusan dunia kita masing2, sibuk dengan keluarga dan anak-anak, sibuk dengan bisnes, politik, blog, sibuk dengan MLM, sibuk menonton rancangan TV dan sibuk yang bermacam -macam lagi yang dicipta sendiri.

Jauh dari negara kita umat islam lain berhempas pulas mahu menjejakkan kaki mereka ke masjid untuk mendirikan solat berjamaah namun kita ?

Oleh itu marilah kita bermuhasabah diri dan kembalilah kepada petunjuk al-Quran dan Sunatur Rasul SAW untuk kembali mengimarahkan masjid dengan semaksimum mungkin untuk memperkasakan jati diri kita sebagai muslim yang baik dan berkualiti."

-Oleh : MRK albanjari

1 comment:

adeq said...

ada seorang sahabat Rasulullah saw yg bernama mus'ab. beliau semasa di makkah merupakan seorang anak tunggal kepada keluarga yg kaya raya. apa sahaja kemahuannya dituruti. jika ada pakaian yg baru keluar, mus'ablah orang pertama yg memakainya. dan sekiranya ada wangian yg baru keluar,mus'ablah yg pertama memakainya. namun, setelah berhijrah ke madinah, mus'ab meninggalkan segala kekayaannya utk mengikuti Rasulullah saw dan menjadi seorang yang sangat miskin sehingga apabila baginda Rasulullah melihatnya, baginda menitikan air mata. maka, apabila sahabat melihat baginda menangis mereka bertanya, "mengapa kau menangis ya Rasulullah?" Rasulullah menceritakan tentang betapa terharunya dia melihat keadaan mus'ab sehingga keluarnya hadith, 'pada satu masa nanti, semua orang akan memakai pakaian yang berlainan di awal harinya dan pakaian lain pula di akhir hari tersebut. kemudian mereka akan mempunyai makanan yang sangat banyak sehingga berlebih-lebihan.' Apabila mendengar hadith tersebut, para sahabat berkata,"beruntunglah mereka yang berada di hari tersebut kerana mereka tak perlu bersusah payah." Tetapi Rasulullah berkata, "tidak.malah keadaan kamu sekarang lebih mulia daripada mereka, kerana pada waktu itu mereka hanya menumpukan kerja-kerja mencari harta dunia berbanding berkejar-kejar melakukan amalan ibadat.celakalah mereka itu."