Pada hari yang sama disahkan seorang murid dari tingkatan 5 (sesi pagi) juga telah disahkan dijangkiti H1N1. Beberapa lagi rakannya juga menunjukkan tanda-tanda telah dijangkiti virus.
Apa kaitan di antara mereka?
Semuanya adalah anggota skuad Pengakap yang terlibat dalam Pertandingan Kawad Kaki pada 15 hb.!
Apa pula tindakan yang diambil oleh pentadbir sekolah?
Kelas 2KTP3 dipindahkan ke kelas lain pada hari tersebut. Bai Kang yang sudah mula demam selsema dan batuk masih lagi hadir ke sekolah. PK Petang tak buat apa-apa walaupun guru-guru yang mengajar kelas tersebut membuat laporan.
Pada 20hb Bai Kang masih hadir ke sekolah. Setelah guru yang masuk kelasnya bising-bising baru la murid tersebut ke pejabat minta kebenaran untuk pulang! Bayangkanlah dah berapa meluas virus telah disebarkan.
Pada hari yang sama PK HEM mengarahkan semua guru tingkatan (sesi petang je?) menghubungi semua murid-murid yang tidak hadir untuk mengenalpasti jika ada yang telah dijangkiti. Malangnya tidak semua guru tingkatan berbuat demikian dengan sebab:
- tidak mendengar pengumuman yang dibuat
- terpaksa masuk ke kelas untuk menjalankan P&P ikut jadual
- tak kuasa (!)
Apa tindakkan PK Ptg.?
2KTP1 dipindahkan ke kelas yang sebelumnya didiami oleh 2KTP3!
Apabila diingatkan bahawa ada murid dari 2KTP3 baru saja disuruh ambil oleh ibu/bapa/penjaga, jawabnya, "Ala...demam biasa je...belum disahkan H1N1" (!)
Lewat petang tadi diputuskan bahawa 2KTP1 dan 2KTP3 tidak dibenarkan hadir ke sekolah esok, 21 hb. Tu je???
Hari ini juga, seorang guru dari sesi pagi dimasukkan ke ICU Hospital Serdang sebab menghadapi masaalah pernafasan. Cikgu ini berdoa agar beliau cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment