Wednesday, August 19, 2009

Pelajar Boleh Terus Guna PPSMI?

Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa Sains dan Matematik akan mula diajar dalam BM di sekolah kebangsaan mulai tahun 2012. Bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan diajar dalam bahasa ibunda masing-masing .

Yang terkini pula diputuskan, "Pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris boleh terus berbuat demikian sehingga mereka menamatkan pendidikan sekolah menengah mereka", sebagaimana yang dilaporkan di sini.

Macamana tu? Kalau dah P&P di sekolah dalam BM atau bahasa ibunda, bagaimana mungkin murid boleh belajar S&M dalam BI? Lagi bercelaru ada.

Itulah akibatnya jika sistem pendidikan pun hendak dipolitikkan.

No comments: