Friday, May 15, 2009

TERIMA KASIH CIKGU!

Sempena Hari Guru aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru, yang masih berkhidmat juga yang telah bersara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua guru yang telah mendidik ku dari darjah satu sehingga tingkatan lima di Iskandar Shah Primary School (1967 - 1972), dan Iskandar Shah Secondary School (1973 - 1977).

Cikgu Jamaluddin guru kelas masa darjah 1 telah mengajar ku menulis dan membaca. Orangnya penyabar dan "very fatherly". Masa darjah 2 selalu kena cubit perut dengan cikgu Asmah. Ketua kelas tulis nama sebab bising dalam kelas (sapa ketua kelas tu ye???). Miss Lau ajar Mathematics. Aku sering ke rumahnya dengan rakan-rakan untuk menari a go-go! Cikgu muda ini salah ajar campur lb dan oz. Terpaksa cikgu Sallehuddin yang mengajar tahap 2 yang terletak di atas bukit turun ke kelas ku untuk memperbetulkannya.



Rasanya ini gambar kelas masa darjah 3. Maaf, lupa nama cikgu ni.


Guru kelas darjah 4 ni Cikgu Hanif. Aku selalu kena denda tok ketampi dengan cikgu ni sebab bising dalam kelas ('monitor' punya hal lah ni!). Cikgu Aishah (tiada dalam gambar) pula cubit perut sebab tak hafal "multiplication table". Cigu Shahidan ajar sejarah. Dia bagi aku "resit paper" sebab "fail"!



Ni masa darjah 6. Guru kelas Cikgu Halim. Tak ingat cikgu ni ajar apa.




Masa form 1, guru kelas yang lawa tu. Maaf, tak ingat nama cikgu. Di sebelahnya Mr Lau, ajar sejarah. Di sebelah Mr Lau...maaf, tak ingat nama cikgu. Miss Parameswari ajar Science dan disebelahnya Mr Lau, guru Mathematics.




Miss Parameswari guru kelas masa form 2. Di sebelah kanannya Mr Yap dan cikgu Aziz, guru BM. Di sebelah kiri pula Miss Wong, English teacher, Mr Lau dan .....maaf, lupa nama cikgu.


"Darling" Miss Wong Yoke Ling, guru kelas form 3.


Guru kelas form 4, Mr Ooi Sooi Tai, guru Physics. Di sebelah kirinya ustaz....maaf, lupa nama ustaz. Di sebelah kanan pula cikgu Biology...maaf, lupa nama cikgu, Mrs Cheah, guru Chemistry dan Mathematics, dan Miss Loo Bit Leng, guru Additional Mathematics.

Guru-guru lain yang namanya tidak dinyatakan atau tiada gambarnya, JASA MU TETAP KU KENANG.

Buat semua guru:

Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum dewasa
dialah ibu
dialah bapa
juga sahabat
alur kesetiaan mengalir nasihat
pemimpin ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jadilah apa pun
diakhir hidupmu guruku
budi yang diapungkan di dulang ilmu
panggilan keramat "CIKGU"
kekal terpahat.

SELAMAT HARI GURU

- Usman Awang -

(...ucapan yang diterima melalui sms. TQ adek!)

No comments: