Tiada hujan tiada ribut, pejabat sekolah yang terletak di aras satu boleh banjir?
Terperanjat besar PAR apabila membuka pintu pejabat sekolah awal pagi tadi. Pejabat digenangi air!!!
Air mencurah-curah dari paip air di dalam bilik fail yang juga menempatkan ruang rehat kakitangan pejabat, dipercayai sejak hari Jumaat. Pembaziran air telah berlaku selama TIGA hari!!!
Banyaklah dokumen, peralatan letrik, kapor tulis, dan apa saja yang di atas lantai ditenggelami air selama tiga hari. Yang paling banyak air bertakung ialah di bilik Pengetua. Bilik-bilik Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko-kurikulum juga turut basah.
Anehnya, bilik Penolong Kanan Petang yang bersebelahan dengan bilik Penolong Kanan Ko-kurikulum tidak basah. Begitu juga Bilik Fail darimana air melimpah dari sinki dan Bilik Cetakan yang bersebelahan BilikFail, tidak dibasahi air. Kertas-kertas soalan bagi Peperiksaan Akhir Tahun yang telah siap dicetak dan diletakkan di atas lantai tidak terjejas.
Mungkinkah kejadian ini merupakan satu petunjuk kepada semua yang terlibat? Diharap mereka ini akan muhasabah diri kerana pasti ada sebab kenapa mereka sahaja yang ditimpa musibah.
No comments:
Post a Comment