Sekitar 5.30 petang pada hari Khamis, seorang murid lelaki tingkatan 1 terpaksa dikejarkan ke hospital. Khabarnya dalam keadaan tenat.
Kejadian berlaku di bilik mengambil wudu'. Ketika itu kebetulan seorang guru berada berhampiran tempat kejadian, sedang mengawasi murid-muridnya di tempat murid-murid membuka kasut sebelum ke surau, untuk memastikan mereka tidak berlengah-lengah dengan bermain-main di antara mereka.
Menurut saksi kejadian, mangsa terjatuh akibat disepak oleh murid tingkatan dua yang sedang bergurau dengan murid-murid dari tingkatan dua yang lain. Akibatnya mangsa tadi mengalami kesukaran untuk bernafas. Guru yang berada berhampiran tadi segera mendapatkan pertolongan sehinggalah mangsa tadi di bawa ke hospital dengan ambulan.
Ekoran dari kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan polis. Sehingga petang tadi, 6.45 petang, tatkala semua murid dan guru bergegas untuk pulang ke rumah, perbincangan antara ibu-bapa murid-murid yang terlibat dengan Pengetua, Penolong Kanan Petang, guru-guru disiplin masih lagi berlangsung.
I'll be missing all the excitement tomorrow since I'll be invigilating MUET yet again. I won't be in school on Monday either since I'll be going to PPD. I'll definitely be calling my friends to get the update of the case.
REFLEKSI
- Sebelum kejadian, ibu/bapa mangsa tidak pernah memaklumkan kepada pihak sekolah tentang keadaan kesihatan anaknya. Malahan, semasa pendaftaran, mangsa hanya hadir bersama kakaknya sahaja. Kenapa ibu/bapanya tidak hadir sekali untuk memaklumkan tentang masaalah kesihatan anaknya kepada guru kelas?
- Jadual solat telah disediakan. Pada waktu kejadian, mangsa tidak sepatutnya berada di bilik mengambil wudu' oleh kerana waktu itu giliran murid-murid tingkatan 2 untuk solat.
- Sebelum kejadian, ibu/bapa tidak berminat untuk menghadirkan diri ke sekolah untuk berjumpa guru, bertanya khabar tentang perkembangan anaknya di sekolah. Apabila telah ditimpa musibah barulah berduyun-duyun datang untuk menyalahkan pihak sekolah. Kenapa tidak muhasabah diri?
- Sebagai ketua, apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku? Adakah taklimat pernah diberi kepada guru-guru di bawah seliaannya? Ada kah pemantauan dibuat bagi memastikan perkara seumapama kejadian ini tidak berlaku?
- Petang tadi, dalam 4.00 petang, semua murid telah dikumpulkan untuk diberi taklimat disiplin oleh guru disiplin. Guru-guru lain mengawasi murid-murid. Ketuanya?.....seorang di pejabat dan seorang lagi ke surau solat asar!
Begitulah tanggungjawab ketua. Jika tidak dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab maka musibahlah yang akan menimpa.
No comments:
Post a Comment