Saturday, December 27, 2008

MENEPATI MASA DAN CUTI TAK KENA MASA

Petang Jumaat saya ke Baitulmal. Ramai yang hadir untuk memohon berbagai jenis bantuan. Paling ramai menunggu di kaunter 1 untuk mendapatkan bantuan kewangan. Anehnya, ada di antara mereka yang menggunakan telefon bimbit. Adakah semua mereka itu benar-benar layak diberi bantuan?....Wallahualam.

Saya dan anak menunggu untuk perkhidmatan di kaunter 4 untuk mendapatkan maklumat tentang biasiswa yang dikeluarkan oleh Baitulmal untuk Pelajar Cemerlang dan elaun untuk hafiz/hafizah.

Semua kaunter sepatutnya dibuka pada 2.45 petang. Hampir jam 3 petang hanya kaunter 5 yang dibuka. Beberapa minit kemudian kaunter 1 (yang paling popular) pula dibuka. Selepas beberapa minit lagi kaunter 3 pula dibuka, tapi hanya untuk seketika. Mungkin sebab tiada pelanggan.

Tunggu punya tunggu kaunter 4 tak juga dibuka. Jadi saya tanya pengawal keselamatan yang memberi saya nombor giliran untuk kaunter 4 samaada kaunter tersebut akan dibuka atau tidak. Balasnya, mesti ada.

Hampir jam 4 petang barulah pegawai yang menjaga kaunter 4 bergegas masuk mengambil tempat! Disebabkan layanan yang diberi sangat baik, hilang rasa marah.

Sebelum naik ke pejabat Baitulmal semua pengunjung dikehendaki mendaftar di kaunter pengawal keselamatan. Semasa menunggu pejabat dibuka, seorang pengawal keselamatan memaklumkan bahawa pejabat di tingkat 4 (yang menguruskan bantuan pendidikan) ditutup kerana semua kakitangan pejabat tersebut bercuti!

La....kok ia pun takkan la sampai tutup pejabat.

Kesian mereka yang hadir untuk mendapatkan bantuan. Kan sekolah akan dibuka tidak lama lagi?

Memanglah buku teks tidak perlu dibeli. Bukan ini saja yang diperlukan untuk persekolahan. Buku latihan, alat tulis, beg, pakaian....banyak belanjanya ni.

Kakitangan di pejabat-pejabat yang memberi perkhidmatan kepada orang awam sepatutnya lebih peka terhadap keperluan pelanggan mereka. Berilah perkhidmatan yang cekap, menepati masa dan mesra pelanggan.

Jika kita memudahkan urusan orang lain pasti Allah akan memudahkan urusan kita pula, insyaallah.

No comments: