Air Minuman Semulajadi Berkhiasat GAU
Saya diperkenalkan kepada keistimewaan air ini oleh anak, Siti Aminah, yang menuntut di UIA. Semasa beliau menuntut di UIA PJ beliau sering membeli air ini dari rakannya.
Sejak minggu lepas, Siti Aminah menuntut di UIA Indera Mahkota. Kini, setiap kali ke Kuantan, semasa singgah di Hentian Temerloh, saya pasti membeli Air Gau.
Latar Belakang
oleh Air Gau Enterprise
Air ini telah diuji oleh MARDI utk mengetahui khasiat dan zatnya, keracunan dan bahayanya.Hasil uji menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air Zam-Zam.
Air ini juga telah didoakan oleh beberapa tuan guru seperti Prof. Dato’DR Harun Din, Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah dan Tuan Guru Hj.Mohd Baqi Othman sendiri.
Feadah dan Khasiat
Air ini mempunyai khasiat dari segi Rohani dan Jasmani dan sesuai diminum oleh setiap lapisan umur
Dari segi Jasmani, dengan izin Allah swt, dan dr pengalaman mereka yang telah meminumnya air ini dapat menjadi penawar
1. membantu dan meningkatkan
* Penyerapan nutrien dan mineral oleh badan
* Stamina Badan
* Kecekapan mengangkut Oksigen
2. Membina dan Menguatkan
* Gigi dan Tulang
* Hemoglobin dalam sel darah Merah
3. Membersih
* Melancarkan sistem/organ penghadaman
* Melancarkan Sistem / Organ kumbahan
* Membersih kandungan darah dalam badan
Dari segi Rohani pulak dgn usaha dan ikhtiar melalui Doa Tuan Guru, air ini Insya-Allah dapat:
* Melegakan Penyakit Darah Gemuruh
* Menjadi penerang Hati
* Melegakan Perasaan Takut
* Dll
Harga dan Pasaran
Air ini sudah lama di pasaran dan sudah pun dipasarkan di Singapura tetapi masih ramai rakyat Malaysia tidak mengenalinya
Terdapat dalam saiz
i. 500ml =
ii. 1500ML =
iii. 18.9LITER (5GELEN)
No comments:
Post a Comment