Mereka
yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.
Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa
hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada
kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.
Apakah
gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang?
Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda
positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.
Punyai matlamat dalam minda
Miliki
matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan
sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat
adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.
Adakah
anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda
adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka,
dapatkan pen dan kertas dan tuliskan dengan spesifik apa, bila dan
bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.
Komitmen kepada kecemerlangan
Berikan
komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan
cara untuk menjadi hebat dalam industry mereka. Walaupun, belum mencapai
kecemerlangan, fikirkan ke arah itu.
Dalam
apa sahaja industri sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam
bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan
ke atas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri
komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu
diutamakan - dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Minda hebat, kejayaan pun
pastinya hebat!
Oleh: Irfan Khairi
No comments:
Post a Comment