Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dengan mereka yang kurang
berjaya dalam kewangan? Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam
kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat.
Berikut adalah 4 tabiat
kewangam sihat yang anda mesti miliki!
Bayar diri sendiri terlebih dahulu
Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan.
Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri
terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita,
sebahagian daripada pendapatan kita perlu diketepikan untuk diri
sendiri SEBELUM melakuan bayaran bil, kereta, rumah, dan apa sahaja
perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk
dibelanjakan!
Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya, ketepikan 10%
daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka 10% ini adalah
untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat menyimpan untuk
diri sendiri, lama kelamaan, peratusan ini boleh dinaikkan sehingga 20%
dan lebih!
Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekirnaya 10% pun kita
tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah
tinggi? Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu.
Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.
Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.
Tabiat menjejak wang masuk dan keluar
Kekayaan bukan sekadar berapa banyak kita perolehi, tetapi, ia juga
bermaksud, berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan
RM10,000 sebulan, tetapi perbelanjaan RM15,000 sebulan (jangan terkejut,
ramai yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!
Setiap hari, amalkan tabiat mencatat segala perbelanjaan kita. Dengan
mencatat perbelanjan, kita tahu secara terperinci ke mana kewangan kita
pergi. Tabiat mencatat segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita
menjejak wang kita setiap minggu, dan setiap bulan. Dengan mengetahui
segala wang yang keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan
kita - dan pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan
perbelanjaan sekiranya perlu.
Tabiat menambahkan aliran pendapatan
Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan, iaitu:
i. kurangkan perbelanjaan, dan
ii. tambahkan
pendapatan.
Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca dan belajar, fikirkan
cara-cara menambahkan pendapatan kita. Dengan memiliki pelbagai aliran
pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita bersikap berhati-hati
sekirannya salah satu rezeki pendapatan kita terputus, tetapi, dengan
mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan dapat dibina dengan lebih
pantas.
Aliran pendapatan boleh terdiri berbagai bentuk, termasuk pelaburan,
hartanah, menjalankan perniagaan, royalty, komisyen dan sebagainya.
Kebanyakan orang kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca
pendapatan sahaja, tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang
berlainan. Jadikan tabiat ini, sebagai tabiat anda!
Oleh: Irfan Khairi
No comments:
Post a Comment