Wednesday, February 24, 2010

PEMBELAAN BUAT KELUARGA ADI PUTRA

Apa yang terjadi kepada keluarga Adi Putra amat dikesali. Sedih melihat mereka berhadapan dengan berbagai tuduhan. Mungkinkah keluarga ini terkhilaf dalam cara mereka menguruskan perniagaan menjual produk kesihatan? Anehnya mereka dikelilingi oleh berbagai pakar. Kenapa pakar-pakar ini tidak memberi bimbingan yang betul kepada keluarga Adi Putra?

Walau apa pun, tindakkan 'pengadu' bukan sahaja menyusahkan keluarga Adi Putra, ramai yang memerlukan produk kesihatan yang didakwa mengandungi bahan berbahaya dinafikan peluang untuk sembuh dari penyakit yang mereka hidapi. Jika benar produk itu berbahaya, kenapa tindakkan tidak diambil ke atas pihak yang mengeluarkan produk tersebut? Bagaimana pula dengan pihak yang menjual dengan harga RM6? Adakah dakwaan akan dibuat ke atas mereka juga?

Kenapa ada pihak yang beria-ia benar hendak keluarga ini didakwa? Kenapa sampai begitu sekali mencemburui keluarga Adi Putra? Mereka tidak kacau orang. Adakah menjadi satu jenayah jika meletakkan harga yang tinggi ke atas produk yang dijenamakan? Takkan tak pernah dengar "rebranding"?

Apa bezanya dengan premis-premis yang menjual produk-produk dengan harga berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di premis yang lain? (I think you know just what I'm talking about)

Jika benar Penawar Sendi Tulang yang dijual oleh keluarga Adi Putra mengandungi bahan berbahaya, kenapa saya yang pernah memakannya TIDAK mendapat kemudaratan? Sebaliknya, sakit yang saya deritai selama beberapa tahun hilang, penyakit yang saya hidapi sembuh 100%. (That was about 2 years ago. The pain is gone completely and I'm not 'addicted' or suffering from any other side effects). Ramai lagi akan memberi testimoni yang sama.

Malangnya, ramai yang menderitai sakit sebagaimana yang pernah saya lalui dinafikan peluang untuk mereka pulih jika pendakwaan ke atas keluarga Adi Putra diteruskan. Saya berdoa agar permasalahan yang dihadapi oleh keluarga Adi Putra akan mendapat penyelesaian yang sebaiknya.

No comments: