Dalam perniagaan, kalau tak sebut tentang harga, memang tak sah. Ramainya bila nak mulakan perniagaan akan fikir letakkan harga rendah… murah… jadi boleh bersaing. Tak salah strategi ini. Ada juga yang mengambil langkah yang lebih “berani” meletakkan harga tinggi untuk mendapat pasaran premium. Yang ni pun tak salah
Jika di tanya saya, strategi mana yang lebih menarik, jawapan saya pastinya pada meletakkan harga untuk pasaran premium
Nasihat saya, secara mudahnya, kita lihat terdapat 3 pasaran diluar sana…
- Mereka berpendapatan rendah ATAU selalu inginkan bargain
Golongan ini sering mencari produk dan perkhidmatan pada harga rendah. Dikatakan sebagai “bargain hunters”. - Mereka berpendapatan sederhana
Mereka ni ditenagh-tengah pagar… quite flexible - Mereka berpendapatan tinggi ATAU selalu inginkan premium
Mereka inginkan prestij, kualiti & premium. Tidak berapa risaukan harga tetapi selalu inginkan yang terbaik.
- Siapa kata MAS tak laku bila Air Asia meletakkan tambang pada harga yang murah? Pastinya ramai juga menggunakan MAS seperti saya sendiri selaku usahawan
- Siapa kata ice-cream Haagn Dazs yang harga RM10 satu scoop tak lakukeran boleh dapat icecream Walls kat kedai RM10 satu balang? Haagn Dazs tetap laku kerana ramai yang inginkan ice cream premium
- Siapa kata Mercedes, BMW, Ferrari tak laku sebab ada banyak lagi kereta-kereta murah di pasaran? Sudah tentu ramai juga pembeli kereta-kereta mewah ini…
Teringat tahun 2005 saya mulakan Workshop Jutawan Internet pada harga RM560… masa tu pun ramai dah kata harga tinggi. Makin lama, makin naik harga sehingga kini mencecah RM940. Masih ada yang kata harga tinggi. Tetapi pokoknya (bukan pokok untuk ditebang), sehingga kini setiap kali pasti dipenuhi peserta untuk Workshop Jutawan Internet!
Sekali lagi perlu ingat… Tak kira berapa harga anda… pasti ada orang membeli! Anda hanya perlu sasarkan golongan yang tepat untuk perniagaan anda
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.rahsiainternet.com
1 comment:
selamat tahun baru..
Post a Comment