Saturday, August 30, 2008

MERDEKA!

31 Ogos datang lagi. Alhamdulillah dipanjangkan usia, negara aman tenteram, cuma...kos sara hidup meningkat saban hari.

Seperti tahun-tahun yang lalu, menjelang 31 Ogos disambut dengan mengadakan konsert di beberapa lokasi, bukan sahaja di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, tetapi juga di tempat-tempat lain. Tepat jam 12 tengahmalam, buka api dibakar. Dah lah pembaziran dari segi wang ringgit, ia juga mengganggu keheningan tengah malam.

Kompleks PKNS Bangi juga tidak terkecuali. Entah berapa ramai para ibu yang menyumpah seranah penganjur pesta yang membiarkan kebingitan bunyi dentuman bunga api yang pastinya mengganggu anak-anak kecil yang sedang nyenyak tidur.

Kenapa hari kemerdakaan mesti disambut dengan mengadakan pesta nyanyian diikuti pembakaran bunga api? Bukan kah ini semua pembaziran yang "not necessary"

Tambahan pula, ini kan bulan Syaaban. Tak lama lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadan. Alangkah lebih baiknya jika hari Kebangsaan disambut dengan cara yang lebih bermakna dan lebih sesuai.

No comments: