Tuesday, July 10, 2012

KELEBIHAN PELABURAN EMAS

PELABURAN EMAS PALING  MENGUNTUNGKAN, MUDAH DIJUAL BELI DAN LAKU DI SELURUH DUNIA

Purata kenaikan harga emas adalah 25% hingga 40% setahun. Pelaburan Jongkong Emas Public Gold dan Syiling Dinar Public Dinar, memudahkan kita membeli atau menjual emas kita secara online dengan sistem “lock harga” 24/7. Emas sememangnya dikenali dan laku seluruh dunia. Pelarian, warga asing, penjahat hanya membawa emas untuk ke sesuatu negara lain, menjualnya dan memulakan hidup baru. Ini adalah kerana hanya emas yang bernilai dan senang dibawa.


Jika melabur dalam ASB hanya dapat keuntungan 6% hingga 10% setahun.

Jika melabur dalam dana amanah dapat untung 0% hingga 20% dan berisiko tinggi..mungkin kerugian. Contoh, lebih kurang tahun 2005 dana amanah public mutual iaitu PCIF ( Public Chinese Islamic Fund) di buka dengan harga 25 sen  seunit, kini harganya 19 sen  seunit. 5% ditolak kos pengurusan, iaitu jika kita melabur RM100 kita sebenarnya hanya melabur RM95.

Jika melabur dalam FOREX, berisiko tinggi dan merugikan masa. Kita mungkin boleh untung beribu-ribu dalam sehari, mungkin kerugian berpuluh ribu juga dalam sehari dan mengikut penganalisis FOREX hanya 15% yang berjaya dalam FOREX.

Jika melabur dalam hartanah, tiada risiko tapi memerlukan modal, kos dan masa yang banyak. Untuk membeli satu ekar tanah sekarang memerlukan modal beratus ribu. Untuk pecah lot tanah memakan masa lebih kurang setahun dan kena pelbagai kos seperti pecah lot, peguam, minyak kereta dan sebagainya.

Jika melabur dalam perniagaan, tumpuan dan masa yang mencukupi diperlukan walaupun 9 dari 10 keuntungan adalah dari perniagaan. Namun jika tersilap langkah boleh lingkup KECUALI  KEDAI EMAS.  Kita tak pernah dengar peniaga emas bangkrap/lingkup.  Kita hanya dengar peniaga emas buat rumah besar, kaya raya dan sebagainya.

PELABURAN EMAS MEMERLUKAN MODAL YANG SEDIKIT, MUDAH DI PECAH-PECAHKAN DAN NILAINYA SENTIASA MENINGKAT

Pelaburan emas adalah mudah dan untuk semua golongan kerana ianya ada pelbagai jenis seperti 1 dinar, 5 dinar,  20g, 50g dan sebagainya mengikut kemampuan. Emas mudah di pecah-pecahkan atau mudah di bahagi-bahagikan. Jika kita mempunyai anak 5 orang dan ingin membahagi sekeping tanah, mesti ada yang kurang berpuas hati/berebut ingin tanah yang terbaik. Berbeza dengan emas, jika anda ada 100g  emas, bagi 20g seorang…tiada yang tidak berpuas hati atau berdengki. Jadi simpanlah emas untuk masa depan dan kedamaian kerana nilainya akan sentiasa meningkat.


PELABURAN EMAS SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

Dalam pelaburan emas anda akan mendapat keuntungan bersih. Anda lah Pengurus Pelaburan membeli emas ataupun menjual emas. Jadi dalam pelaburan emas anda akan mendapat keuntungan bersih tanpa cukai kerajaan atau pun ditolak pelbagai kos. Dalam simpanan dana amanah, 5% ditolak untuk kos pengurusan. Jika anda melabur RM100, anda sebenarnya hanya melabur  RM95 ringgit sahaja. Setiap akhir tahun ditolak pula cukai kerajaan dan kos-kos lain. Sebaliknya, pelaburan emas adalah bersih dan tidak menyalahi hukum syarak kerana kita menyimpan  emas semata-mata dan berdasarkan naik turun harga emas.

PELABURAN EMAS MEMPUNYAI MASA DEPAN YANG AMAT CERAH

Pelabuaran emas mempunyai masa depan yang cerah  dengan peningkatan harga yang semakin tinggi kerana permintaan terhadap logam istimewa ini yang semakin tinggi. Ini adalah di sebabkan oleh:

a) Emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik
Emas menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat). Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated. Termasuklah telefon bimbit , kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektronik yang lain.

b) Pengeluaran emas tahunan semakin kurang
Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001. Ini adalah kerana sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun. Apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil masa selama 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali seterusnya menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.   Kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit.  China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku… harga emas akan panik dan naik mendadak!

c) Permintaan pelaburan emas meningkat
Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.

Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.

Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya… semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas, harga akan meningkat lagi.

d) Bank Pusat Sibuk Membeli Emas!  
Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, menghadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah – termasuk IMF – sebanyak 400 tan sahaja. Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran. Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka. Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang menetapkan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).

Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.  Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga.

e) Gesaan Untuk Mata Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas – macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970. Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka — meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.  Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi. Dengan kata lain – emas bakal menjadi “wang baru” untuk kebanyakan negara — terutama sekali negara-negara Islam.

f) Emas Di Dalam Secular Bull Market
Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, harga memecut ke atas, membuatkan teknologi “bubble” (pada tahun 1998-2000) dan housing “bubble” (2007-2010) nampak kecil berbanding “bubble” emas yang akan berlaku.  Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun 2010, harga emas telah meningkat 25%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.

g) Permintaan Emas Hangat di Asia
Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas. Tapi sekarang China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak dan secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi. Apakah kesannya permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?

Beli emas sekarang juga sebelum harga terlalu mahal. Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sekarang, sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut. Memang hebat EMAS ni.....simpan dapat untung, gadai dapat untung, jual pun dapat untung !!!




Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan." [Hadis Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]


Beli emas sekarang!  Jangan tunggu kerana harga emas akan sentiasa meningkat.  Jika pun harga emas turun, penurunannya hanya sedikit dan tidak akan turun seperti harga hari ini.

Hubungi Hiriyati di talian 0193804477.

No comments: