PELABURAN EMAS PALING MENGUNTUNGKAN, MUDAH DIJUAL BELI DAN LAKU DI SELURUH DUNIA
Purata kenaikan harga emas adalah 25% hingga 40% setahun. Pelaburan
Jongkong Emas Public Gold dan Syiling Dinar Public Dinar, memudahkan
kita membeli atau menjual emas kita secara
online dengan sistem “
lock
harga” 24/7. Emas sememangnya dikenali dan laku seluruh dunia.
Pelarian, warga asing, penjahat hanya membawa emas untuk ke sesuatu
negara lain, menjualnya dan memulakan hidup baru. Ini adalah kerana
hanya emas yang bernilai dan senang dibawa.
Jika melabur dalam ASB hanya dapat keuntungan 6% hingga 10% setahun.
Jika melabur dalam dana amanah dapat untung 0% hingga 20% dan berisiko
tinggi..mungkin kerugian. Contoh, lebih kurang tahun 2005 dana amanah
public mutual iaitu PCIF ( Public Chinese Islamic Fund) di buka dengan
harga 25 sen seunit, kini harganya 19 sen seunit. 5% ditolak kos pengurusan, iaitu jika kita melabur RM100
kita sebenarnya hanya melabur RM95.
Jika melabur dalam FOREX, berisiko tinggi dan merugikan masa. Kita
mungkin boleh untung beribu-ribu dalam sehari, mungkin kerugian berpuluh
ribu juga dalam sehari dan mengikut penganalisis FOREX hanya 15% yang berjaya dalam FOREX.
Jika melabur dalam hartanah, tiada risiko tapi memerlukan modal, kos dan
masa yang banyak. Untuk membeli satu ekar tanah sekarang memerlukan
modal beratus ribu. Untuk pecah lot tanah memakan masa lebih kurang
setahun dan kena pelbagai kos seperti pecah lot, peguam, minyak kereta dan sebagainya.
Jika melabur dalam perniagaan, tumpuan dan masa yang mencukupi diperlukan walaupun 9 dari 10 keuntungan adalah dari perniagaan.
Namun jika tersilap langkah boleh lingkup KECUALI KEDAI EMAS. Kita tak
pernah dengar peniaga emas bangkrap/lingkup. Kita hanya dengar peniaga
emas buat rumah besar, kaya raya dan sebagainya.
PELABURAN EMAS MEMERLUKAN MODAL YANG SEDIKIT, MUDAH DI PECAH-PECAHKAN DAN NILAINYA SENTIASA MENINGKAT
Pelaburan emas adalah mudah dan untuk semua golongan kerana ianya ada
pelbagai jenis seperti 1 dinar, 5 dinar, 20g, 50g dan sebagainya
mengikut kemampuan. Emas mudah di pecah-pecahkan atau mudah di
bahagi-bahagikan. Jika kita mempunyai anak 5 orang dan ingin membahagi
sekeping tanah, mesti ada yang kurang berpuas hati/berebut ingin tanah
yang terbaik. Berbeza dengan emas, jika anda ada 100g
emas, bagi 20g seorang…tiada yang tidak berpuas hati atau berdengki.
Jadi simpanlah emas untuk masa depan dan kedamaian kerana nilainya akan
sentiasa meningkat.
PELABURAN EMAS SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT
Dalam pelaburan emas anda akan mendapat keuntungan bersih. Anda lah
Pengurus Pelaburan membeli emas ataupun menjual emas. Jadi dalam
pelaburan emas anda akan mendapat keuntungan bersih tanpa cukai kerajaan
atau pun ditolak pelbagai kos. Dalam simpanan dana amanah, 5% ditolak untuk kos pengurusan. Jika anda
melabur RM100, anda sebenarnya hanya melabur RM95 ringgit sahaja. Setiap akhir
tahun ditolak pula cukai kerajaan dan kos-kos lain. Sebaliknya, pelaburan emas
adalah bersih dan tidak menyalahi hukum syarak kerana kita menyimpan
emas semata-mata dan berdasarkan naik turun harga emas.
PELABURAN EMAS MEMPUNYAI MASA DEPAN YANG AMAT CERAH
Pelabuaran emas mempunyai masa depan yang cerah dengan peningkatan
harga yang semakin tinggi kerana permintaan terhadap logam istimewa ini
yang semakin tinggi. Ini adalah di sebabkan oleh:
a) Emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik
Emas menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik
kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat).
Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang
sofistikated. Termasuklah telefon bimbit , kalkulator, Personal
Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai
alat elektronik yang lain.
b) Pengeluaran emas tahunan semakin kurang
Pengeluaran emas telah menurun
sebanyak 9.1% sejak tahun 2001. Ini adalah kerana sumber semakin kurang
dan kualiti semakin menurun. Apabila penemuan emas berlaku, ianya
mengambil masa selama 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali seterusnya
menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat
mungkin. Kemuncak pengeluaran emas berlaku pada
tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit. China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku… harga emas akan panik dan naik mendadak!
c) Permintaan pelaburan emas meningkat
Pada 6 bulan pertama 2009,
permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6
bulan pertama 2008, menurut
World Gold Council.
Global gold consumption for
2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand
in India and China, and sustained global demand for gold investment,
together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan
kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan
mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Apabila
lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya… semakin banyak
negara ingin melabur ke dalam emas, harga akan meningkat lagi.
d) Bank Pusat Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold Agreement yang
ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun
lagi, menghadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah –
termasuk IMF – sebanyak 400 tan sahaja. Ini bermakna walaupun kerajaan
mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran
emas semakin sedikit dalam pasaran. Amerika Syarikat, pemegang emas
terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka. Beberapa kerajaan
melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala
sekarang menetapkan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam
negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina
sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis
kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).
Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%. Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga.
e) Gesaan Untuk Mata Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan
mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan
dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas – macam U.S dollar ada
sebelum tahun 1970. Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi
sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk
memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk
emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu
membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka — meletakkan
tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas. Dinar emas
mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap
pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997
untuk tidak berlaku lagi. Dengan kata lain – emas bakal menjadi “wang
baru” untuk kebanyakan negara — terutama sekali negara-negara Islam.
f) Emas Di Dalam Secular Bull Market
Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal
bahawa kita berada dalam
secular bull market untuk emas. Keadaan ini
biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan
mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan
penawaran dan membeli emas gila-gila. Pasaran emas amat kecil berbanding
pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul
emas, harga memecut ke atas, membuatkan teknologi “
bubble” (pada tahun
1998-2000) dan
housing “bubble” (2007-2010) nampak kecil berbanding
“bubble” emas yang akan berlaku. Jadi jika harga emas masih lagi belum
meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas
sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan
meningkat setiap minggu. Pada tahun 2010, harga emas telah
meningkat 25%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan
emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah
Saham Berhad.
g) Permintaan Emas Hangat di Asia
Dari dahulu, orang Asia gemar
mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab
mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas
terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan
China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas. Tapi
sekarang China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak dan secara
automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur
China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya,
permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda
dalam masa beberapa tahun lagi. Apakah kesannya permintaan meningkat tiga
kali ganda kepada harga emas?
Beli emas sekarang juga sebelum harga terlalu mahal. Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan
turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut.
Anda hanya perlu beli emas sekarang, sedikit demi sedikit, semampu
yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja
mengadai emas tersebut. Memang hebat EMAS ni.....simpan dapat untung, gadai dapat untung, jual pun dapat untung !!!
Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh
digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk
digunakan." [Hadis Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]
Beli emas sekarang! Jangan tunggu kerana harga emas akan sentiasa
meningkat. Jika pun harga emas turun, penurunannya hanya sedikit dan tidak akan
turun seperti harga hari ini.
Hubungi Hiriyati di talian 0193804477.