Wednesday, June 20, 2012

Formula mengelak penipuan SCAM - "NO SCAM!"

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...


Contoh:

  • ....meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan) tertipu pada sesuatu SCAM...
Tip yang hendak dikongsikan ialah satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N mewakili NAME

NAME
Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O mewakili OVER PROMISE

OVER PROMISE
Adakah pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal?  Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S mewakili SEARCH

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C mewakili CONTACT

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A mewakili ASK

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M mewakili MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati". Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah  kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku di keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog ini), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

  • N - NAME
  • O - OVER PROMISE
  • S - SEARCH
  • C - CONTACT
  • A - ASK
  • M - MAKE SURE!
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur


"Tip untuk tidak melengahkan masa & kerja"




Oleh: Irfan Khairi

Beri tekanan kepada diri sendiri!
Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!
Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.  
Pemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga. 



Tuesday, June 5, 2012

Tibicos Mushroom Part 2

I first posted this topic in November 2010 after learning about it from a colleague who's husband got the mushroom from his brother.  The posting attracted interest from all over the blogosphere.  Thank you all.


The information that I got from my friend intrigued me.  That led me to google for more information which I then share here. 


Unfortunately, I myself have never seen, let alone tried the remedy.  But the information from those who has first hand experience is very much appreciated.

"Teknik membina jenama di Facebook"

Langkah pertama dalam menjadikan Facebook sebagai platform membina jenama perniagaan kita adalah, akaun Facebook yang perlu kita buka adalah "Pages". Sering kali, akaun yang kita sedia ada merupakan "Profile" yang menghubungkan kita dengan kenalan dan keluarga. Pages mempunyai beberapa ciri-ciri yang hebat untuk sesuatu perniagaan- yang tidak dimiliki Profile page yang kita sering gunakan. 

Antaranya adalah kebolehan menampung kenalan atau pengikut tanpa had (Profile page hanya terhad kepada 5,000 friends). Sebagai perniagaan, kita tidak patut menghadkan prospek kita! Facebook pages juga mempunyai kebolehan menghantar mesej terus ke inbox pengikut-pengikut perniagaan kita secara terus. Kaedah ini amat berguna dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan kita. Daftar pages anda di http://www.facebook.com/pages

Kunci kejayaan membina jenama perniagaan kita melalui Facebook adalah dengan sering mengeratkan lagi hubungan antara kita sebagai perniagaan dan juga pengikut-pengikut kita. Ini boleh dilakukan dengan cara mencipta topik-topik di Facebook yang dapat menarik minat dan perhatian sasaran pasaran perniagaan kita.

Anggap akaun Facebook kita sebagai satu komuniti yang dapat menarik mereka yang berminat tentang produk dan perkhidmatan kita. Fikirkan pula, apakah isu atau topik yang dapat mencetus perbincangan yang positif di komuniti kita.

Sebagai contoh, sekiranya kita menjalankan perniagaan fotografi, fikirkan topik-topik yang berkaitan dengan fotografi yang boleh dibincangkan- topik boleh bermula daripada topik mudah seperti "Bagaimana cara memilih kamera DSLR terbaik?" hingga ke yang lebih kompleks seperti "Teknik dan kaedah mengawal pencahayaan untuk fotografi produk". Topik-topik yang dibincangkan akan berjaya menarik kumpulan sasaran yang tepat yang berminat dengan industri kita. Dan kumpulan ini merupakan prospek kita yang terbaik oleh kerana mempunyai hubungan maya dengan perniagaan kita.

Oleh: Irfan Khairi