Friday, March 26, 2010

Analogi untuk orang melayu

Sesuaikah SATAY dijadikan analogi untuk orang Melayu?
Mari kita lihat bagaimana cara membuat satay:
  • Daging diPOTONG KECIL-KECIL (DICINCANG)
  • Daging yang telah dicincang di PERAP dengan bahan-bahan yang telah digiling
  • Daging ini kemudian diCUCUK pada lidi
  • Untuk membakar satay apinya perlu diKIPAS

  • Bila dah ada bara baru lah satay di BAKAR
  • Setelah masak, daging satay di MAMAH
  • Yang tinggal, LIDI yang kurus kering

Ada orang Melayu memang suka menCINCANG, dengan memperkecilkan usaha atau hasil kerja orang lain(?). Tukang PERAP ni....(lupa plak apa huraiannya). Yang tukang CUCUK umpama orang yang menghasut atau mengacum (?) Dah dicucuk diBAKAR pula, iaitu menambah-nambahkan fakta untuk lebih meyakinkan orang yang dihasut. Tukang KIPAS ni pula akan mengampu dengan berbagai cara agar yang dikipas "memusnahkan" orang yang hendak dijadikan mangsa, yang akan diMAMAH oleh yang kena kipas dan tinggal lah ia sebagai LIDI.

Betul ke Melayu itu umpama Satay? Yang membuat analogi ini bukan calang-calang orangnya.

No comments: