Wednesday, February 24, 2010
PEMBELAAN BUAT KELUARGA ADI PUTRA
Walau apa pun, tindakkan 'pengadu' bukan sahaja menyusahkan keluarga Adi Putra, ramai yang memerlukan produk kesihatan yang didakwa mengandungi bahan berbahaya dinafikan peluang untuk sembuh dari penyakit yang mereka hidapi. Jika benar produk itu berbahaya, kenapa tindakkan tidak diambil ke atas pihak yang mengeluarkan produk tersebut? Bagaimana pula dengan pihak yang menjual dengan harga RM6? Adakah dakwaan akan dibuat ke atas mereka juga?
Kenapa ada pihak yang beria-ia benar hendak keluarga ini didakwa? Kenapa sampai begitu sekali mencemburui keluarga Adi Putra? Mereka tidak kacau orang. Adakah menjadi satu jenayah jika meletakkan harga yang tinggi ke atas produk yang dijenamakan? Takkan tak pernah dengar "rebranding"?
Apa bezanya dengan premis-premis yang menjual produk-produk dengan harga berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di premis yang lain? (I think you know just what I'm talking about)
Jika benar Penawar Sendi Tulang yang dijual oleh keluarga Adi Putra mengandungi bahan berbahaya, kenapa saya yang pernah memakannya TIDAK mendapat kemudaratan? Sebaliknya, sakit yang saya deritai selama beberapa tahun hilang, penyakit yang saya hidapi sembuh 100%. (That was about 2 years ago. The pain is gone completely and I'm not 'addicted' or suffering from any other side effects). Ramai lagi akan memberi testimoni yang sama.
Malangnya, ramai yang menderitai sakit sebagaimana yang pernah saya lalui dinafikan peluang untuk mereka pulih jika pendakwaan ke atas keluarga Adi Putra diteruskan. Saya berdoa agar permasalahan yang dihadapi oleh keluarga Adi Putra akan mendapat penyelesaian yang sebaiknya.
Monday, February 22, 2010
LAGU WARISAN
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Lirik dipetik dari sini untuk menyedarkan semua tentang perbalahan antara sesama bangsa yang hanya merugikan bangsa itu sendiri.
Friday, February 19, 2010
Massage Chair......hazardous to health?
Sunday, February 7, 2010
Can I Borrow $25?
SON: 'Daddy, may I ask you a question?'
DAD: 'Yeah sure, what it is?' replied the man.
SON: 'Daddy, how much do you make an hour?'
DAD: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the man said angrily.
SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'
DAD: 'If you must know, I make $50 an hour.'
SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.
SON: 'Daddy, may I please borrow $25?'
The father was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'
The little boy quietly went to his room and shut the door.
The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?
After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think:
Maybe there was something he really needed to buy with that $25.00 and he really didn't ask for money very often The man went to the door of the little boy's room and opened the door.
'Are you asleep, son?' He asked.
'No daddy, I'm awake,' replied the boy.
'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the man. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $25 you asked for.'
The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you daddy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.
The man saw that the boy already had money, started to get angry again.
The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.
'Why do you want more money if you already have some?' the father grumbled.
'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.
'Daddy, I have $50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'
The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.
It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $50 worth of your time with someone you love.
If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.
Monday, February 1, 2010
Keazaman membina kekuatan
KEAZAMAN merupakan satu kehendak dalaman ke arah mencapai sesuatu yang diingini. Walaupun ia kelihatan mudah dan kebanyakan pelajar sudah mempunyai keazaman tetapi kemungkinan ia hanya sekadar terpendam di lubuk hati tanpa menjadikannya satu realiti.
Kenapa perlunya ada keazaman di dalam diri kita? Apabila seseorang itu berazam ia sebenarnya sedang melalui proses pengumpulan tenaga yang akan membina kekuatan dalaman. Kekuatan dalaman inilah yang dipanggil semangat yang akan menjadi pendorong dan penggerak tindakan yang dijelmakan melalui kekuatan fizikal.
Sebagai contoh apabila kita berazam mendapatkan sesuatu yang menarik, kekuatan yang ada pada diri kita itu menjadikan kita seolah-olah tidak sabar lagi untuk mendapatkannya. Kemungkinan semalaman kita tidak boleh tidur memikirkannya walaupun sebelum dari itu diri kita cepat mengatuk serta tidur lebih awal. Inilah yang dikatakan tenaga dalaman yang mampu membina kekuatan kepada minda dan anggota fizikal. Ini bermakna seseorang yang kelihatan lemah, tidak berminat untuk belajar, kerap bosan adalah orang yang lemah dari segi kekuatan dalaman yang tidak mampu menggerakkan anggota fizikalnya untuk bertindak. Mereka ini sudah pasti tidak mempunyai matlamat, cita-cita serta tidak ada keazaman diri.
Setiap keazaman perlulah disusuli dengan tindakan agar dapat dimenfaatkan pada diri kita. Untuk mengelakkan keazaman menjadi hanya seperti angan-angan Mat Jenin, maka keazaman itu haruslah mempunyai beberapa ciri berikut:-
• Penumpuan keazaman: Keazaman seharusnya ditumpu pada sesuatu yang spesifik. Tanya diri kita apa yang kita ingini pada tahun ini secara jelas dan terperinci sehingga kita faham hala tuju keazaman kita. Elakkan keazaman yang bersifat samar-samar atau yang tidak menentu iaitu yang sentiasa berubah-ubah kerana ini akan menyukarkan perlaksanaannya nanti.
• Boleh dilaksanakan: Biarlah keazaman itu tidak mustahil dilakukan. Oleh itu keazaman yang kita ingini itu perlulah sepadan dengan kemampuan serta dapat dilaksanakan secara progresif.
• Mempunyai perancangan: Perancangan adalah penting kerana ia menjadi penggerak tindakan yang akan dilakukan. Perancangan boleh berbentuk jadual pengurusan masa perlaksanaan, sumber atau coretan refleksi yang mencatatkan tahap pencapaian atau kemajuan tindakan yang dilakukan dari semasa ke semasa.
• Disiplin diri: Kesabaran, pengorbanan dan ketelusan merupakan aspek disiplin diri yang harus diaplikasikan dalam kehidupan kita terutamannya dalam melaksanakan segala keazaman yang kita ingin dicapai. Segala bentuk amalan yang menimbulkan keselesaan dan keseronokan sehingga menjejas keazaman kita haruslah dikorbankan. Ketekalan dalam melaksana secara berterusan serta kesabaran menunggu kejayaan hasil daripada usaha yang dilakukan merupakan faktor yang penting demi untuk mengelakkan diri kita daripada merasa bosan atau berputus asa.
Sesungguhnya keazaman itu harus ada pada diri kita agar semangat dalaman akan sentiasa membara di jiwa ke arah pengumpulan kekuatan dalaman serta membentuk tindakan yang berfaedah untuk memberi kesempurnaan dalam kehidupan kita.