Cikgu rasa amat dukacita dan kecewa apabila kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PPSMI. Kenapa begitu tergesa-gesa membuat keputusan? Bukankah tempoh kajian keberkesanan polisi ini sepatutnya mengambil masa 10 tahun? Inilah akibatnya jika sisten pendidikan dipolitikkan. Yang menjadi mangsa kelak anak bangsa jua, modal insan negara!
Adakah kita akan menghadapi perubahan sebegini setiap kali berlaku perubahan pada pucuk pimpinan? Bila bangsa akan maju jika dasar kerajaan sentiasa berubah mengikut selera dan kehendak orang politik? Dah elok ke depan, mundur pula ke belakang!
Pada pandangan cikgu, menteri yang menerajui Kementerian Pelajaran (ni satu hal....kenapa pula pelajaran dan bukan pendidikan?)mestilah seorang pendidik dan bukan seorang politikus.
Alasan yang digunapakai untuk membolehkan PPSMI dimansuhkan amat tidak diterima akal. Sedarkah mereka ini bahawa jika sains dan matematik diajar dalam BM, maka akan lebih jauh ketinggalan anak-anak di luar bandar yang akan bersaing dengan anak-anak bandar untuk mendapatkan tempat di menara gading. Percayalah bahawa jika matlamat anak-anak di luar bandar untuk menguasai BI bergantung kepada mempelajari BI sebagai satu matapelajaran sahaja, matlamat itu tidak akan tercapai. Untuk mahir dalam sesuatu bahasa perlu kepada penggunaan bahasa tersebut.
Kononnya pencapaian anak-anak luar bandar dalam sains dan matematik sejak diajar dalam BI merosot. Mana statistiknya? Kalau sekadar cakap saja, cikgu pun boleh kata sebaliknya.
Semasa zaman persekolahan cikgu di sekitar tahun 60an - 70an, ramai anak-anak dari kampong-kampong seperti Teluk Sareh, Teluk Bakong, Lambor menyewa bilik di rumah-rumah yang berdekatan dengan Iskandar Shah Secondary School di Parit semata-mata untuk belajar di sekolah aliran Inggeris. Ibu bapa dari kampong-kampong ini bersusah payah memilih untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah aliran Inggeris. Sanggup berpisah dengan anak-anak mereka.
Sekarang kemudahan dan prasana persekolahan adalah jauh lebih baik. Begitu juga dengan tenaga pengajar. Apa lagi yang menjadi masaalahnya?
Prof Ungku Aziz yang menentang PPSMI, setiap kali anaknya Zeti keluar TV tak pernah pun bertutur dalam Bahasa Melayu. She speaks English all the time!
Anak-anak kampong dinafikan peluang mereka untuk menguasai BI tetapi anak-anak mereka yang menentang PPSMI dihantar belajar ke luar negara? Adil kah itu?
Bagaimana pula dengan keputusan membenarkan sains dan matematik diajar dalam BC dan BT di sekolah-sekolah vernakular? Bukankah ini akan menambahkan jurang perbezaan antara kaum dalam negara kita? Adakah slogan 1Malaysia itu akan tinggal slogan sahaja? Bukankah bahasa itu merupakan satu faktor yang amat penting bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia? Jika setiap kaum tidak boleh berkomunikasi dengan berkesan di atara kaum yang lain dek kerana sistem pendidikan yang tidak memungkinkanya berlaku, bagaimana gagasan 1Malaysia dapat dicapai?
Fikir-fikirkanlah...........nak tido....dah ngantok..and still upset!
No comments:
Post a Comment