Wednesday, November 3, 2010

TERMA DAN SYARAT KESAMARATAAN, KESAKSAMAAN DALAM MENTERJEMAH 1MALAYSIA

Ada pihak yang tak habis-habis membuat desakan dan tuntutan. Kononnya menuntut hak yang sama dalam mentafsirkan 1Malaysia. Dalam membuat tuntutan ini pihak yang dituntut dikehendaki mengorbankan hak mereka. Sebaliknya, pihak yang menuntut pula enggan mengorbankan hak mereka walau sebesar zarah sekali pun. Adil kah begitu???

Jika benarlah mereka ini jujur dalam tuntutan mereka, di sini saya meletakkan terma dan syarat jika kesamarataan dan kesaksamaan dalam mereka mentafsir 1Malaysia ingin direalisasikan.

Terma dan syarat yang perlu dipatuhi adalah:
  1. Semua rakyat Malaysia wajib fasih dalam Bahasa Kebangsaan;
  2. Semua sekolah vernakular diserapkan kedalam sekolah aliran perdana, menggunakan Kurikulum Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar;
  3. Bidang ekonomi tidak lagi dimonopoli oleh satu kaum sahaja;
  4. Fasih dalam Bahasa Kebangsaan menjadi prasyarat utama dalam kelayakan melanjutkan pelajaran ke IPTA;
  5. Fasih dalam Bahasa Kebangsaan menjadi prasyarat utama dalam kelayakan pekerjaan dalam sektor awam;
  6. Fasih dalam bahasa lain daripada Bahasa Kebangsaan tidak boleh diletakkan sebagai satu prasyarat bagi kelayakan pekerjaan dalam sektor-sektor lain;
  7. Bahasa lain daripada Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris hanya diajar di sekolah-sekolah jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan;
  8. Semua papan tanda hanya dalam Bahasa Kebangsaan;
  9. Fasih dalam Bahasa Kebangsaan menjadi prasyarat utama dalam kelayakan menjadi warganegara;


Bersambung.....

No comments: