Paduka Seri Sultan dah bertitah....Yeop N, N, N, N masih juge nak bantah. Dah gile gamaknye. Udah udah le tu Yeop! Elok le muhasabah dighi.
Pase pulok nak mengelupo? Mase Yeop Bote lompat masuk kandang Yeop N bukan main lagi dialu alukan...dibolehkan. Tapi bile puok puok Yeop N lompat keluo daghi kandang deme...tak boleh pulok diteghime? Ape ke he nye Yeop?
Allah itu maha adil. Terimalah apa yang terjadi ini sebagai ketentuan Ilahi. Semuanya patut muhasabah diri. Apabila musibah datang, pasti ada sebabnya. Allah memberi peringatan kepada kita, makhluk ciptaannya. Jangan terlalu taksub dengan kuasa di dunia sehingga lupa bahawa semuanya itu hanya sementara.
Amat menyedihkan apabila melihat umat Islam khususnya bangsa Melayu diperkudakan di Perak. Yang berdemo tu ada yang datang dari Pantai Timur. Sanggup tinggalkan tugas mencari rezeki untuk keluarga. Untuk apa???
Tak payah lah cakap pasal prinsip. Tatkala diri dicampakkan ke dalam lokap dan dapor tidak lagi berasap, adakah di antara N, N, N, N tu nak bantu? Cermin lah diri. Anda berjuang untuk N yang tinggal di mahligai indah, yang tak kerja pun dananya melimpah ruah. Kerjanya tak sudah sudah menimbulkan kekecohan di sana sini.
Semua penderhaka penderhaka ini patut dibuang negeri, jangan dibenarkan masuk ke negeri Perak. Lalu pu tak boleh!
No comments:
Post a Comment