Forum Perdana sebentar tadi membincangkan tentang membina keluarga bahagia. Ibu bapa yang penuh kasih sayang akan melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Sebaliknya, ibu bapa yang sentiasa bercakaran akan menyebabkan keluarga menjadi kucar kacir.
Dato' Dr Fadzilah Kamsah melihat negara kita sebagai satu keluarga yang besar. Kepala keluarga adalah pemimpin-pemimpin negara. Jika mereka sering bercakaran bagaimana mungkin negara boleh harmoni?
Justeru DDFK menyeru pemimpin sekelian agar ketepikan perbezaan ideologi dan pendapat masing-masing. Bersatu dan berdamailah demi kemakmuran negara. Janganlah perbezaan ini menyebabkan ahli keluarga berpecah belah.
Ingatlah bahawa "BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH".
1 comment:
salam..mak..huhu..lawat r blog adek plak..
Post a Comment