Wednesday, June 20, 2012

"Tip untuk tidak melengahkan masa & kerja"




Oleh: Irfan Khairi

Beri tekanan kepada diri sendiri!
Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!
Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.  
Pemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga. 



Tuesday, June 5, 2012

Tibicos Mushroom Part 2

I first posted this topic in November 2010 after learning about it from a colleague who's husband got the mushroom from his brother.  The posting attracted interest from all over the blogosphere.  Thank you all.


The information that I got from my friend intrigued me.  That led me to google for more information which I then share here. 


Unfortunately, I myself have never seen, let alone tried the remedy.  But the information from those who has first hand experience is very much appreciated.

"Teknik membina jenama di Facebook"

Langkah pertama dalam menjadikan Facebook sebagai platform membina jenama perniagaan kita adalah, akaun Facebook yang perlu kita buka adalah "Pages". Sering kali, akaun yang kita sedia ada merupakan "Profile" yang menghubungkan kita dengan kenalan dan keluarga. Pages mempunyai beberapa ciri-ciri yang hebat untuk sesuatu perniagaan- yang tidak dimiliki Profile page yang kita sering gunakan. 

Antaranya adalah kebolehan menampung kenalan atau pengikut tanpa had (Profile page hanya terhad kepada 5,000 friends). Sebagai perniagaan, kita tidak patut menghadkan prospek kita! Facebook pages juga mempunyai kebolehan menghantar mesej terus ke inbox pengikut-pengikut perniagaan kita secara terus. Kaedah ini amat berguna dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan kita. Daftar pages anda di http://www.facebook.com/pages

Kunci kejayaan membina jenama perniagaan kita melalui Facebook adalah dengan sering mengeratkan lagi hubungan antara kita sebagai perniagaan dan juga pengikut-pengikut kita. Ini boleh dilakukan dengan cara mencipta topik-topik di Facebook yang dapat menarik minat dan perhatian sasaran pasaran perniagaan kita.

Anggap akaun Facebook kita sebagai satu komuniti yang dapat menarik mereka yang berminat tentang produk dan perkhidmatan kita. Fikirkan pula, apakah isu atau topik yang dapat mencetus perbincangan yang positif di komuniti kita.

Sebagai contoh, sekiranya kita menjalankan perniagaan fotografi, fikirkan topik-topik yang berkaitan dengan fotografi yang boleh dibincangkan- topik boleh bermula daripada topik mudah seperti "Bagaimana cara memilih kamera DSLR terbaik?" hingga ke yang lebih kompleks seperti "Teknik dan kaedah mengawal pencahayaan untuk fotografi produk". Topik-topik yang dibincangkan akan berjaya menarik kumpulan sasaran yang tepat yang berminat dengan industri kita. Dan kumpulan ini merupakan prospek kita yang terbaik oleh kerana mempunyai hubungan maya dengan perniagaan kita.

Oleh: Irfan Khairi

Saturday, April 21, 2012

Pengemis yang vogue

As I was going out this morning, tetiba je appeared seorang aci dengan anak lelaki (primary school age). As expected, dia nak mintak sedekah. Katanya, "Saya susah kakak"......bla bla bla. Tak kuasa nak dengar. I'm heartless? Well...hold on to your horses....cerita belum habis... The littla boy was holding his mother's handbag (assuming they're mother and son!). Both are well groomed...putih bedak muka kedua-duanya! Aci tu ikut menuju kereta. I told her, seeing that she's rather healthy and "well fed", "kalau cakap nak kerja untuk dapatkan duit tak pe juge". Aci tu continued her sad story. As I got into my car I told her off..."rambut tu boleh dye...nak mintak sedekah?"...rambut die ada shades of brunette tu!! She mumbled her excuse and walked off. Later on as I was driving home, I noticed the aci and her son walking along the road and this time she's holding a plastic bag with a few things in it. I pulled over to observe what she's gonna do. True enough she entered someone's compound.....the gate was slightly ajar. I drove off home. I waited for the two to pass by. Soon after I saw them approaching. I told her that I'm going to call the police since I saw her entering someone else's compound. Cepat-cepat die kate dia nak balik.....aik? She lives nearby? Seriously?