Tuesday, August 4, 2009
AWAS !! Enta dan orang Islam di Malaysia, tunggulah azab dan bala dari Allah !
"Baru-baru ni saya berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat dari Hebron yang kini menyambungkan pengajianya di UIAM. Dalam pertemuan ringkas itu pelbagai topik perbincangan dapat kami bualkan bersama terutamanya yang berkaitan dengan Jihad untuk membebaskan Palestin dari cengkaman regim Yahudi laknatullah. Saya agak terkedu dan terpukul dengan satu kenyataan dari beliau, katanya : " AWAS !! Enta dan orang Islam di Malaysia, tunggu azab dan bala dari Allah ! "
Adoii mak ! Apahal pulak ni ? Saya merungut sendirian dan bertanya kembali kepada teman tersebut kenapa dia cakap macam tu. Dia menjelaskan bahawa dia telah dipenjara selama 3 tahun oleh Israel kerana menunaikan solat lima waktu di masjid dan menurutnya lagi teman-temanya ada yang dipenjara lebih dari itu bahkan ada yang dipenjarakan selama 27 tahun hanya kerana pergi ke masjid untuk mendirikan solat. Mengejutkan !!
Dia juga mengatakan amaran tersebut wajar kepada orang islam di Malaysia kerana masjid - masjid di sini kosong dan tidak dipergunakan serta di manfaat sewajarnya untuk mendirikan solat. Apabila masuk waktu solat ramai kebanyakan orang-orang islam Malaysia tidak memperdulikanya bahkan tidak mahu mendirikan solat di masjid walaupun masjid itu terletak dihadapan matanya. Mereka hanya sibuk dengan urusan dunianya sahaja, ujar sahabat tersebut.
Dia juga menceritakan bahawa dia telah dipenjara selama 3 tahun itu dah dikira terlalu singkat dan dia tidak puas dengan ujian tersebut kerana orang lain sanggup dipenjara kerana menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah biarpun mereka terpaksa melintasi pelbagai ujian dan sekatan oleh regim Israel untuk mereka melangkahkan kaki ke masjid.
SEDARLAH wahai saudaraku di negara kita sememangnya masjid-masjid dibina dengan cantik dan mewah, bahkan kini kebanyakkan masjid sudah dilengkapi dengan hawa dingin tetapi jemaah yang datang menunaikan solat fardhu adalah terlalu sedikit berbanding dengan kepadatan penduduk islam di bumi Malaysia ini.
Kita memang dilingkungi dengan urusan dunia yang amat sangat hingga tidak mampu untuk melangkah kaki ke masjid dari waktu solat subuh hingga ke solat Isya', kita sentiasa sibuk. Sibuk dengan urusan dunia kita masing2, sibuk dengan keluarga dan anak-anak, sibuk dengan bisnes, politik, blog, sibuk dengan MLM, sibuk menonton rancangan TV dan sibuk yang bermacam -macam lagi yang dicipta sendiri.
Jauh dari negara kita umat islam lain berhempas pulas mahu menjejakkan kaki mereka ke masjid untuk mendirikan solat berjamaah namun kita ?
Oleh itu marilah kita bermuhasabah diri dan kembalilah kepada petunjuk al-Quran dan Sunatur Rasul SAW untuk kembali mengimarahkan masjid dengan semaksimum mungkin untuk memperkasakan jati diri kita sebagai muslim yang baik dan berkualiti."
-Oleh : MRK albanjari
Monday, August 3, 2009
A more pressing matter at hand
A collegue has been having the flu since last week. She willingly went to Serdang Hospital to be tested for H1N1. Unfortunately, she was informed that the tests could not be carried out because she's just taken her medication. She's required to return 4 hours later! Why is such important information not given to the general public? The collegue end up not getting any test done.
My eldest daughter had a flu last week. She seems to be recovering, but I'm still worried. My youngest who's in UIAM Kuantan called saying she's having the flu also. I'm even more worried because she said that all nursing students have been asked to go home. Adek is doing medical biology, which is in the faculty of science. She's not seen the doctor yet since she got lectures the whole morning and lab the whole afternoon. She plans to do so tomorrow since there's no lab session tomorrow afternoon. I'll give her a call tomorrow. In the mean time this mother will keep herself busy so she does not worry too much...banyakkan berzikir dan berdoa (that's me telling myself).
Saturday, August 1, 2009
Binatang Bernama Huraisy
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana Dan siapa yang kau cari?
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima jenis orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua , orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
.....sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayatCELAKO PUNYO GMI!
Sepanjang jalan dan menyumpah seghanah malaun-malaun yang bodoh, bangang, stupid, ass holes, idiots, morons.......tak de keje lain ke?
Prof ke...emeritus ke...kalau menyusahkan orang untuk kepentingan peribadi....campak je la ke dalam longkang segala doctorship....proffessorship...or whatever ship!
Orang lain sibuk mencari peluang untuk menambahkan pendapatan....malaun-malaun ni pulak sibuk menyusahkan orang dan menghalang warga kota dari meneruskan aktiviti harian mereka dengan bedemo.
Kenapa tidak diadakan program-program atau aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi membantu remaja-remaja yang merupakan modal insan negara? Sebaliknya diajak pula mereka berdemonstrasi. Bodoh punya orang tua!
Udah-udah la tu. Jangan lah asyik menjadi kerbau yang dicucuk hidung. Berfikir lah dengan waras. Masa itu kan emas? Gunakanlah ia dengan sebaiknya.