Monday, November 17, 2008
CELLULAR TELEPHONE
Last night, my daughter, Siti Aminah, called using her friend's cell phone to say that she's already at Masjid Jamek station on the way to KL Central and her cell phone could not be used. So, I'll have to time myself to pick her up at the Commuter Station in about an hour's time. She'll not be able to call me again because she and her friend will be going separate ways.
Usually, when I am to pick up my daughter I'll call her on her cell phone to check where she's at so I can time myself. And, when I'm already at the station I'll be able to inform her where I'm parked.
But last night, my timing had to be exact.
When my daughter had to go to a camp/course of some sort, I was kind of worried when she left early this morning without her cell phone. I felt that I have lost all contact with her and just pray to Allah that she'll be OK. It was such a relief when this afternoon my cell phone rang with her tone. Ofcourse, as usual it's a miss call! So, I had to return the call. She's just called to inform me that her cell phone is now working.
If I'm to drive long distant, I'll be very worried if I discover that I forgot to charge my cell phone. What if my car breaks down? What if I meet with an accident? What if I couldn't find my way? All three happened and I was able to call for assistance using my cell phone.
Once, my car suddenly stopped in the middle of the road. I took out my cell phone and discovered that the battery was not charged. I had to walk with my two girls (then they were still schooling) to the nearest petrol station to get help.
The station did not have any mechanic. Then, I tried to use the public phone. Not surprisingly, none could be used!
That's how troublesome it is without a cell phone.
Inspite of its usefulness a cell phone can also be a nuisance if its use is being abused.
Students can copy during exams using cell phones. Students can play games or exchange text messages with their friends during lessons. Lessons could also be interrupted should a student's phone ring. When there's a fight between students, any party could use their cell phones to call their friends from outside the school to be involved in the fight.
These are among the reasons why students are prohibited from bringing their cell phones to school. And yet, some students still do. When their phones are confiscated, some parents protest and make a fuss.
It cannot be denied that a cellular telephone can at times be a necessity, but not really all the time. At times, its just a convenient instead of a necessity.
Saturday, November 15, 2008
PPSMI
Rasional pelaksanaan PPSMI:
- memastikan pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa inggeris
- secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan dalam bahasa inggeris
Dakwaan bahawa PPSMI berjaya dengan menjadikan keputusan UPSR yang baru lepas sebagai pengukur adalah tidak tepat. Ini kerana soalan peperiksaan masih lagi dalam dwibahasa, dan bukan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris sebagaimana yang dirancang. Kalau dah ada soalan dalam Bahasa Melayu dan murid boleh menjawab dalam Bahasa Melayu, pasti murid akan memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu. Baca selanjutnya di sini
Setelah mempelajari Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris, adakah penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris lebih baik?Sekali lagi jawapannya tidak.
Kenapa ini berlaku? Di mana silapnya? Adakah strategi perlaksanaannya patut dipersalahkan? Ataupun guru-guru yang mengajar tidak cukup kemahiran? Ataupun 'Teaching Courseware' yang tidak sesuai? Murid-murid? Ibu-bapa?Kenapa susah sangat bagi murid-murid ini untuk menguasai Bahasa Inggeris? Bukankah berbagai bahan rujukan boleh diperolehi dalam berbagai bentuk? Bukan sekadar dalam bentuk bahan bercetak, malahan dalam bentuk elktronik juga boleh didapati. Guru-guru juga banyak membantu. Bukan sekadar penerangan dalam Bahasa Melayu, nota dan lembaran kerja pun dibekalkan. Guru-guru juga mengadakan kelas-kelas tambahan di luar jadual. Itu pun belum cukup lagi?
Mungkinkah murid-murid ini terlalu dimanjakan sehinggakan mereka tiada initiatif untuk mencari maklumat atau membuat rujukan sendiri?Kalau saya boleh berjaya mendapat A1 untuk Mathematics dan Additional Mathematics pada tahun 1977 kenapa murid-murid sekarang tidak boleh? Saya bersekolah di luar bandar, arwah ayah seorang kerani dan arwah emak pula berpendidikan sekolah rendah sahaja. Guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik pula semuanya berbangsa Cina, dan tinggal di bandar. Saya tidak mendapat bantuan tambahan daripada sesiapa pun. Nak pergi kelas tiusyen pun tak mampu. Saya juga bukanlah pandai. Semasa di sekolah rendah, tak tau pun bila masa saya menduduki peperiksaan UPSR! Tau tau, kawan-kawan dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains. Mungkin itu menjadi satu rangsangan bagi saya untuk memastikan saya berjaya semasa di sekolah menengah.
Segala usaha saya membuahkan hasil. Saya berjaya menjadi pelajar terbaik sekolah untuk LCE dan MCE.Masa tu tak ada komputer. TV pun hitam putih dan ada dua saluran sahaja. Bahan rujukan cari sendiri.
Malangnya murid-murid sekarang ramai yang tiada visi, apatah lagi misi. Ramai yang ke sekolah tanpa tujuan yang jelas.Berbalik kepada PPSMI. Adakah ia benar-benar telah berjaya mencapai matlamatnya? Sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah, jawapan saya adalah TIDAK.
Who is to be blamed? What do you think?
Monday, November 10, 2008
TANGGUNGJAWAB KETUA
Untuk MUET (Writing) yang baru lepas, saya menjadi Ketua Pengawas dengan 5 orang Pengawas di bawah seliaan saya. Kami berenam dari sekolah yang sama. Pada mulanya saya fikir tentu tugas saya akan menjadi lebih mudah dan lancar kerana kami berenam dari sekolah yang sama. Tambahan pula dua dari mereka telah berpengalaman menjadi seorang pengawas untuk MUET (Writing). Lebih-lebih lagi, seorang darinya pernah menjadi Ketua Pengawas untuk MUET (Writing) pada pertengahan tahun.
Malangnya, apa yang berlaku agak mengecewakan.
- Semasa taklimat pengawasan, ada Pengawas tidak membawa dokumen-dokumen yang mereka perlu serahkan kepada saya untuk tujuan tuntutan perjalanan dan elaun pengawasan. Oleh itu proses mengisi maklumat ke dalam perisian yang dibekalkan oleh MPM tidak dapat disempurnakan.
- Oleh kerana peperiksaan akan dijalankan di dalam empat bilik darjah, empat buah pemain CD diperlukan untuk kertas 'Listening'. Saya meminta setiap pengawas mencari satu pemain CD. Jadi, akan ada satu pemain CD yang akan menjadi 'back-up' sekiranya ada di antara yang empat lagi rosak. Kadar sewa untuk setiap pemain CD ialah RM40. Saya maklumkan kepada Pengawas-pengawas saya bahawa saya tidak akan berdaya untuk mencari kesemua pemain CD oleh kerana pada hari pepereksaan nanti saya ada banyak barang yang perlu diangkat ke bilik peperiksaan yang ditempatkan di tingkat tiga. Saya hanya akan membeli batteri untuk empat pemain CD sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan bekalan letrik. Pada hari peperiksaan seorang pengawas memaklumkan dia tak dapat nak cari pemain CD. Semasa peperiksaan 'Listening' hendak dijalankan, satu pemain CD tidak boleh digunakan! Akibatnya, calon-calon dari satu bilik terpaksa menjalankan ujian 'Listening' 30 minit lebih lewat.
- 10 minit sebelum ujian dimulakan, iaitu pada 07.50 pagi, pengawas-pengawas diminta mengambil kertas BJAP (Borang Jawapan Aneka Pilihan) untuk calon-calon di bilik masing-masing. Ada pengawas telah mengambil BJAP untuk calon-calon bilik yang lain. Apabila angka giliran pada BJAP tidak sama dengan slip peperiksaan yang ditampal pada meja calon, pengawas mendakwa meja calon tidak disusun ikut turutan angka giliran. Ujian dijalankan lewat 5 minit. Apabila saya semak kemudian didapati hanya dua meja sahaja tidak disusun ikut turutan yang betul!
- Setiap pengawas dikehendaki mengutip skrip jawapan, termasuk skrip jawapan calon yang tidak hadir mengikut susunan angka giliran dan memastikan skrip jawapan cukup sebelum diserahkan kepada Ketua Pengawas untuk dibungkus. Semasa Ketua Pengawas mengira skrip jawapan 'Writing' sebelum dibungkus, didapati ada pengawas yang tidak menyusun skrip jawapan mengikut susunan angka giliran. Ada pula yang tidak memastikan skrip jawapan diikat dengan kemas oleh calon. Ini menyebabkan proses pembungkusan menjadi lambat!
- Semua Pengawas telah dimaklumkan bahawa skrip jawapan bagi calon yang tidak hadir perlu dikutip dan dituliskan No. KP dan angka giliran calon serta dicatatkan pada skrip tersebut 'CALON TIDAK HADIR', dan diserahkan kepada Ketua Pengawas bersama-sama dengan skrip jawapan yang lain. Pagi tadi Penyelia Kawasan memberi kepada saya satu skrip jawapan 'Listening' calon yang tidak hadir (tercatat pada skrip tersebut 'CALON TIDAK HADIR') yang dijumpai oleh Setiausaha MUET sekolah tersebut di atas meja calon semasa beliau memeriksa bilik-bilik peperiksaan! Semasa menghadiri taklimat pengurusan borang tuntutan di Shah Alam tadi, dapatlah saya serahkan skrip jawapan tersebut kepada Pegawai yang berkenaan.
- Semua Pengawas sepatutnya tidak boleh beredar sehingga Ketua Pengawas telah selesai semua urusannya. Malangnya, oleh kerana Pengawas-pengawas asyik menyuarakan nak balik saya benarkan mereka pergi dahulu tapi mereka perlu tolong saya angkat barang-barang turun. Sebaik selesai mengemas didapati satu kotak yang berisi 3 rim kertas telah ditinggalkan! Saya ada lagi satu beg berisi dokumen-dokumen lain yang perlu diangkat. Tak apalah. Memang berat, tapi nak buat macamana? Melihat saya seorang susah payah mengangkut beg dan kotak, Penyelia Kawasan membantu saya mengangkat satu kotak ke Bilik Kebal. Pada awal paginya saya terpaksa buat 3 'trip' untuk angkut barang-barang yang diperlukan kerana Pengawas-pengawas lewat sampai. Hanya seorang yang sampai awal dan beliau perlu menunggu di Bilik Peperiksaan untuk mengawal kertas soalan.
- Perisian borang tuntutan yang dibekalkan oleh MPM tidak 'user friendly'. Salah seorang Pengawas menawarkan khidmat suaminya yang pakar IT untuk melengkapkan borang tuntutan untuk semua 4 Pengawas yang lain. Jadi, saya serahkan CD perisian serta disket bagi menyimpan semua rekod. Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya perlukan 'hard copy' dan 'soft copy' sekali. Sebaik sahaja hendak 'import' data dari A semasa berada di Shah Alam, didapati tiada data yang boleh di 'import'. Saya telefon Pengawas tersebut. Jawabnya, komputer di rumahnya tiada 'drive A'! Jadi terpaksalah saya 'key-in' semula semua maklumat untuk semua 5 Pengawas.
Ini bukanlah pertama kali saya menjadi Ketua Pengawas. Tapi inilah pertama kali saya menghadapi berbagai-bagai masaalah. Semua masaalah yang timbul adalah disebabkan kelemahan saya juga. Saya terlalu memberi kepercayaan kepada Pengawas-pengawas di bawah saya dan menjadi leka. Segala yang berlaku akan saya jadikan pengajaran agar lebih berhati-hati dan tidak melepaskan tanggungjawab kepada orang-orang yang di bawah seliaan saya.
Wednesday, October 15, 2008
AURA ADI PUTRA
Assalamualaikum wbt.
Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dan anak (Siti Aminah) telah dapat bertemu dengan insan yang amat istimewa, Adi Putra.
What the two of us learned that night about Adi Putra just cannot be described in words, with the limited vocabulary that I have.
Tujuan asal pergi mencari Adi Putra adalah kerana ingin mendapatkan ubat bagi merawat penyakit yang saya dan anak hidapi.
- Saya menderitai penyakit 'plantar fasciitis' (diagnosis doktor). Sakitnya menjadi-jadi sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Telah berbagai ubat dan kaedah rawatan dicuba. Namun tiada yang berkesan.
- Anak pula menderitai penyakit lelah sejak kecil, ditambah pula dengan resdung yang agak serius. Akibatnya, beliau sering tidak dapat menghadiri kuliah, lalu menjejaskan prestasi akademiknya.
Semasa menziarah bapa saudara kepada suami di Kajang, kami diperkenalkan kepada produk Adi Putra. Melihatkan perubahan yang amat ketara kepada Pak Cik dan Mak Cik, (mereka kelihatan jauh lebih sihat dari sebelumnya), saya tertarik untuk mencuba.
Semasa mereka bertandang ke rumah pada hari Ahad minggu lepas, mereka bawakan set Penawar untuk anak dan ubat urat untuk saya. Malam tu juga saya makan dos yang pertama.
The pain was markedly reduced! Call it miracle...but after having been in constant pain, the effect was indeed very much welcomed, whatever you may call it.
Oleh kerana keberkesanan ubat yang saya makan itu amat menakjubkan, saya rasa saya mesti dapatkan maklumat lanjut tentangnya. Jadi saya layari internet untuk melihat dari website yang alamatnya diberi pada botol ubat tersebut.
Memanglah banyak maklumat yang saya perolehi. Keinginan saya untuk berhubung terus dengan Adi Putra menjadi bertambah kuat.
Saya cuba telefon ibu Adi Putra. Syukur alhamdulillah, panggilan saya dijawab. Saya memberitahu beliau yang saya berminat untuk menjadi pengedar. Beliau menjemput saya ke rumahnya!
Seminggu selepas saya makan dos yang pertama, pada Ahad lepas, ubat itu pun habis. Saya rasa saya mesti usahakan juga untuk ke rumah Adi Putra.
Saya ajak suami untuk menemani, tapi beliau tidak dapat berbuat demikian. Ajak pula anak saudara di Ampang, pun tak dapat nak temani saya kerana nak pergi ke rumah terbuka temannya. Anak yang sulung pula tak berminat nak ikut kerana beliau baru saja pulang dari Kuantan pada malam itu dan masih penat.
Jadi saya terpaksa ambil anak yang di UIA, PJ pada petang itu selepas Asar kerana beliau ada 'exam' petang itu sehingga 4 ptg.
Petang itu hujan. Bimbang juga takut banjir di perjalanan. Oleh kerana kuatnya keinginan untuk bertemu Adi Putra, perjalanan diteruskan juga.
Jalanraya sesak selepas tol Sg Besi. Namun tetap bersabar.
Kesesakan jalanraya berkurangan melepasi Seri Petaling. Melihatkan keadaan lalulintas melalui Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur tidak sesak, saya mengambil keputusan melaluinya dari UIA ke Gombak, melalui lebuhraya Sentul.
Saya hanya pernah melalui jalan tersebut sekali sahaja, itu pun suami yang memandu kereta. Kali ini saya beranikan juga sebab anak ada menemani. Beliau menjadi 'co-pilot', melihat papan tanda, petunjuk arah.
Akhirnya, kami sampai juga ke rumah Adi Putra, walaupun hampir sesat. Masa itu sudah hampir waktu Maghrib. Jadi saya menunaikan fardu Maghrib di rumah Adi Putra.
Kedua ibu bapa Adi Putra telah memberikan layanan yang sangat baik kepada kami berdua, 'two total strangers'! Banyak maklumat yang kami perolehi dari mereka berdua, terutamanya dari ayah Adi Putra. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi dengan kami berdua.
Semasa Adi Putra turun bersalaman dengan kami berdua, saya rasa amat kagum dengan cara Adi Putra membawa dirinya. Sama sekali tidak seperti anak yang berusia 9 tahun. Sukar untuk di gambarkan dengan perkataan. Bertuah sungguh dapat bersalaman dengan Adi Putra.
Semasa Adi Putra membuat pengiraan untuk nombor yang disediakan oleh ayahnya bagi dihadiahkan kepada anak saya, Siti Aminah tiba-tiba menangis.
Semasa dalam perjalanan pulang, saya bertanya kepada anak, "Kenapa adek menangis?" Jawabnya, "Adek tak tau."
Memang syahdu melihat Adi Putra. Sesungguhnya Adi Putra insan yang sungguh istimewa. Kelebihan yang ada pada dirinya adalah kurniaan Allah yang maha kuasa. Terpulang kepada semua samaada menerimanya atau tidak.
Berbalik kepada penyakit yang saya deritai, I'm very happy to say that I'm on the road to recovery. Saya sudah boleh berjalan seperti biasa. Bangun dari tidur tidak lagi menyeksakan.
Petang tadi, tergerak nak baca Yaasin selepas solat Asar. Saya dapat lakukan dengan cara duduk tanpa beralih-alih sehingga habis berdoa! Sebelum ini memanglah saya tak dapat berbuat demikian. Lepas Maghrib tadi, saya cuba terus membaca Al-Quran dalam keadaan duduk tahiyat akhir. Saya mampu melkukannya.
Syukur alhamdulillah!
Dengan itu, saya berazam untuk berkongsi dengan orang lain yang sakit tentang kelebihan produk Adi Putra. Saya akan memaklumkan kepada mereka tentang produk-produk yang mereka boleh ambil bagi merawat penyakit mereka. Namun begitu, terpulanglah kepada mereka samada percaya atau tidak.
Whatever it is, I AM ON THE ROAD TO RECOVERY! That really matters after having been in constant pain for so long.
Siti Aminah juga, insyaallah akan sembuh. That's important because she'll be studying at UIA in Kuantan comes December.
I hope to be able to meet Adi Putra again.