Tuesday, January 18, 2011

BAGAIMANA MENJADI SEORANG USAHAWAN

Irfan Khairi

Tips daripada seorang jutawan internet:

Ada beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan yang berjaya berbanding dengan orang lain;
  1. Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita
  2. Keinginan yang kuat
  3. Kemahuan untuk mengambil inisiatif
  4. Bersifat bersaingan
  5. Percaya pada diri sendiri
  6. Kekuatan yang kuat untuk berjaya
  7. Keyakinan diri
  8. Kesihatan yang baik
Ikutilah nasihat yang diberikan oleh Warren Buffet, DUIT bukan segala-galanya. Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil daripada kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan.

DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah. Berikut adalah pesanan daripada Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia) ;
Stay away from credit cards and bank loans and invest in yourself. REMEMBER:

1. Money does not create man BUT it is the man who create money
2. Live your life as simple as you are
3. Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.

-Warren Buffet

Monday, January 17, 2011

NOVEL INTERLOK

Novel Interlok Edisi Murid karya SN Datuk Abdullah Hussain dipilih sebagai teks KOMSAS bagi murid Tingkatan 5 atas sebab-sebab berikut:

i. Sebuah karya sejarah yang harus dibaca oleh semua golongan masyarakat di Malaysia khasnya golongan murid. Novel ini memaparkan nilai sejarah negara yang mengambil latar tahun 1910 ketika negara dalam penjajahan Inggeris dan sebelum kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tiga kaum yang menjadi tonggak dalam kemerdekaan tanah air digambarkan oleh penulis secara terperinci. Ketiga-tiga kaum ini yang mewakili generasi pertama/kedua iaitu Musa/Seman (kaum Melayu), Kim Lock/Cing Huat (kaum Cina) dan Maniam/Ramakrishnan (kaum India) sama-sama bersatu hati dan bekerjasama mencapai kemerdekaan tanah air.


ii. Novel bercorak perpaduan yang menceritakan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Nada perpaduan ini disampaikan oleh penulis dengan begitu bersahaja melalui Buku 1: Keluarga Seman, Buku 2: Keluarga Cing Huat dan Buku 3: Keluarga Maniam. Dalam Buku 4: Interlok semua kaum memanca setiap perbezaan yang ada pada mereka. Watak Seman yang mewakili kaum Melayu mula membuktikan kegigihannya bekerja dan menyedari haknya sebagai orang Melayu. Cing Huat pula mengakui tanah Malaya ini tempat dia mendapatkan rezeki bersama kaum lain. Anak Cing Huat yang bernama Yew Seng merupakan agen perpaduan dan beliau (Yew Seng) berbaik-baik dengan Lazim. Gambaran watak Maniam pula dipaparkan sebagai watak yang baik hati yang sedia membantu kaum lain. Keperibadian mulia yang dimiliki oleh Maniam juga turut diwarisi oleh anaknya Inspektor Ramakrishnan. Nilai kemanusiaan, antaranya nilai tolong menolong dan nilai simpati terjalin dan diperkukuhkan dengan satu bahasa iaitu bahasa Melayu.


iii. Memaparkan sosiobudaya masyarakat yakni transformasi sosial dan mobiliti sosial kaum Melayu, Cina dan India., Transformasi sosial dan mobiliti sosial ketiga-tiga kaum ini digambarkan melalui watak Seman, Cin Huat dan Maniam yang pada asalnya terdiri daripada golongan bawahan telah mengubah taraf kehidupan keluarga mereka. Watak Seman, umpamanya yang mewarisi pekerjaan petani daripada ayahnya Pak Musa telah melakukan transformasi dalam keluarganya walaupun beliau hanyalah berpendidikan sekolah agama sahaja. Dengan kekuatan dan jati diri serta menyedari haknya sebagai orang Melayu, beliau telah berusaha dan menggembleng tenaga untuk mengubah kehidupan keluarganya. Sumbangan paling besar yang dilakukan oleh Seman adalah sama-sama menenentang penjajahan Inggeris dan komunis di Malaya. Sementara Cin Huat pula yang berasal dari negara China melonjak naik sebagai saudagar Cina yang berjaya di Malaya. Kedatangan mereka yang pada awalnya untuk mencari wang semata-mata terus berubah setelah mendapati bahawa negara ini ialah negara yang baik untuk mereka. Maniam yang pada awalnya bekerja di estet juga melalui fasa perubahan dalam hidupnya apabila anaknya yang bernama Ramakrishnan telah mengubah kehidupan keluarganya dengan menjadi seorang inspektor polis pada tahun 1950, walaupun dikatakan tahun itu sukar untuk mencari pekerjaan.


iv. Aspek pedagogi, yakni kesesuaian novel ini untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek pedagogi yang terdapat dalam novel Interlok adalah penyerapan ilmu. Terungkap juga nilai –nilai kemanusiaan yang harus diteladani oleh murid misalnya nilai hormat-menghormati, nilai kasih sayang, nilai semangat cinta akan negara, dan sebagainya yang disampaikan oleh penulis melalui watak Seman, Cing Huat, Maniam, Ramakrishnan dan sebagainya. Kepelbagaian ragam bahasa juga jelas terdapat di dalam novel ini. Selain itu, pemilihan novel Interlok juga dilihat daripada kekuatan unsur-unsur intrinsik yang terdapat di dalam novel ini. Sebagai contoh tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan dan seumpamanya boleh dikaji dan dianaliasis dengan mendalam oleh murid.


v. Karya kreatif tidak boleh dikaji dan dianalisis secara terpisah-pisah dan perlu dilihat secara keseluruhan. Pembaca iaitu guru dan murid perlu membaca keseluruhan sesebuah karya kreatif agar dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Dalam sesebuah karya sastera ada elemen yang saling bertautan antara satu sama lain iaitu pemikiran dan bahasa. Aspek pemikiran tidak boleh dilihat sebagai faktor luaran sahaja. Perlu digali dan didalami secara mendalam. Begitu juga dengan aspek bahasa. Kepelbagaian gaya bahasa yang digunakan oleh penulis menjadikan sesebuah karya itu berkualiti dan mampu menarik khalayak pembaca.